PENGHULU ISTIGHFAR

Perutusan sempena Hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Jumaat, Februari 26, 2010

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.
Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah  perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.
Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?
Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)
Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.
Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.
Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.
Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS

Baca selanjutnya......

FORUM PERDANA

Khamis, Februari 25, 2010


Urusan Ulamak pas Kampar akan menganjurkan satu program forum perdana yang bertajuk Muhammad swt. Uswatun Hasanah

Tarikh : 7 mac 2010.

Hari  : Ahad.

Masa : lepas isyak

Tempat :  Masjid Jamek Kampar,Kg masjid.

Ahli panel  : AF Ustaz Khairuddin at-takiri
                  AF Ustaz  Yusni Mat Piah.
                  Uatazah Wan Hasrina Wan Hassan
Moderator : Saudara Burhan b. Ahmad

Program dimula dengan bacaan Al-quran dan nasyid dari Sautul Huffaz ( Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Tualang Sekah)
Barang-barang Islam juga akan dijual pada program tersebut.

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Baca selanjutnya......

Umno Bercelaru Antara Perarakan Maulid dan Bertafakur Depan Tugu Negara

Rabu, Februari 24, 2010


Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahamann mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini. Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010.
Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW.
Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat.
Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang tetapi ialah untuk menanamkan perasaan benci di kalangan pengundi melayu di negeri-negeri lain. Kerana umno sedar dengan demografi dan kerusi di Pulau Pinang sukar untuk mereka mengambil balik negeri tersebut, walaupun umno sapu bersih di kawasan melayu
Dengan timbulnya isu perarakan maulid Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak golongan yang belajar agama dalam Umno untuk tampil memberikan hujah dan hukum berhubung isu perarakan maulidur Rasul dan bertafakur dihadapan tugu negara.
Pada masa ini Umno sengaja menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Islam di negara ini dengan memainkan isu perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang, tanpa memberikan kefahaman kepada ahli mereka tentang hukum syiar berkenaan diadakan.
Umno menjadikannya bahan politik dan menjaja di seluruh negara seolah-olah perarakan berkenaan adalah sesuatu yang wajib dan menjadi sunnah Rasulullah. Ramai kalangan ahli Umno yang tidak tahu sejarah sambutan Maulidur Rasul ini.
Di antara fakta sejarah mencatatkan, bahawa sambutan ini mula diadakan secara rasmi oleh ipar kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi, iaitu Muzaffaruddin Gekburi, yang menjadi penguasa daerah di Irbil, Syria Utara.
Sambutannya dibuat secara sederhana dengan majlis doa dan majlis selawat.
Kemudian Sultan Salahuddin mengangkat sambutan ini keseluruh pelusuk Kerajaannya dengan niat untuk menyemarakkan syiar agama dan bukannya perayaan yang bersifat ritual yang boleh jatuh kepada hukum bida’ah dhalah.
Sultan Salahuddin juga mengunakan perayaan berkenaan untuk membangkitan rasa cinta kepada perjuangan Rasulullah dan memberikan semangat kepada tentera Islam yang dipimpinnya untuk menghadapi perang Salib ketika itu.
Sambutan pertama diadakan oleh Sultan Salahuddin pada 1184 (580 H) dengan mengadakan pertandingan sayembara puisi khas untuk Rasulullah. Pertandingan ini dimenangi oleh Syekh Ja’far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim yang menulis puisi panjang bertajuk ‘Iqd Al-Jawahir (ertinya kalung permata). Puisi inilah yang dibukukan dan dipanggil oleh orang-orang Melayu sebagai buku Barzanji yang diambil sempena nama penulisnya.
Adapun perarakan yang dibuat Sultan lebih kepada perarakan tenteranya yang beramai-ramai ke medan perang sehingga sebahagiannya menemui syahid, sedang yang sebahagian lagi yang masih hidup berjaya menakluki Baitulmaqdis pada 1187 (583 H).
Akhirnya sambutan ini telah menjadi tradisi dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Walaubagaimana pun sambutannya bukanlah perkara yang diwajibkan dalam Islam, begitu juga jika mahu mengadakan perarakan kerana Islam lebih menuntut umatnya mengamalkan sunnah Rasulullah dan menjunjung Islam sebagai panduan hidup.
Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini pernah mengharamkan majlis sambutan dan perarakan Maulidur Rasul yang didalamnya wujud percampuran antara lelaki dan perempuan. Walaubagaimana pun Fatwa itu dilanggar dan hingga kini masih lagi berlaku percampuran lelaki dan perempuan terutamanya dalam sambutan diperingkat Kebangsaan dan Negeri.
PAS bertegas agar umat Islam menunaikan perkara wajib iaitu mengikuti Sunnah Rasulullah dan mengangkat Al-Quran sebagai Perlembagaan hidup berbanding melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah.
Kita lihat sahaja, setiap kali ada sambutan dan perarakan, wang rakyat akan dihabiskan untuk menempah baju baru kepada peserta perarakan dan mengundang penyanyi-penyanyi untuk berhibur sedangkan tidak semua rakyat dapat hadir ke dalam majlis itu.
Sebaiknya wang berkenaan digunakan untuk membantu fakir miskin yang masih wujud dinegara ini. Tidak mengapa jika perarakan tidak diadakan kerana boleh digantikan dengan program lain seperti kuliah, berzanji dan majlis-majlis lain yang melibatkan rakyat kebanyakkan diseluruh pelusuk Masjid dan surau dinegara ini.
PAS pelik kenapa Umno begitu bersungguh memainkan isu ini sedangkan dalam masa yang sama mereka menutup mata dan teliga melihat Presiden mereka setiap tahun bertafakur di hadapan tugu negara yang sebelum ini difatwakan sebagai perbuatan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ke mana dokumen keputusan Majlis Fatwa itu disimpan. Kenapa ahli-ahli Umno tidak bangkit berdemo atau mengadakan bantahan bila pemimpin umno bertafakur di hadapan tugu negara setiap tahun.
PAS menghargai jasa anggota Keselamatan negara, dan mahu jasa mereka itu dikenang dengan Kerajaan memperbanyakan bantuan kepada waris-waris mereka dan bukannya menghabiskan duit membeli bunga untuk dikalungkan pada patung tugu yang tidak bernyawa itu.
PAS menyeru kepada ahli Umno supaya mendalami Islam dan bukannya mengambil Islam mengikut keperluan mereka dan membuang sebahagian hukum Islam untuk kepentingan politik mereka.
Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan P

Baca selanjutnya......

Ikim rujuk presiden PAS isu nama Allah

Jumaat, Februari 19, 2010


Herman Samsudeen Jan 22, 10 6:56pm
Saya tersenyum syukur dengan berita berhubung Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam kerana tak sangka Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan dijemput sekali.

Keterbukaan Ikim menjemput Tok Guru membuktikan beliau adalah seorang ulama yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk mengupas isu penggunaan nama Allah.

Selama ini perbincangan pakar yang dianjurkan oleh Ikim tidak pernah memanggil ulama PAS, khususnya pemimpin utama seperti Tok Guru atau ahli Majlis Syura. Selalu PAS dan Ulamanya dilabelkan sebagai 'penipu' dan 'taliban'.

Namun, kali ini jelas isu Allah membuka ruang untuk diskusi ilmiah yang mengangkat pemikiran para cendikiawan Islam ke tempat yang sebenarnya tanpa mengira publisiti parti.

Saya mengalu-alukan tindakan Ikim ini dan berharap ini bukanlah yang pertama dan terakhir kerana banyak lagi isu-isu penting yang perlu dibincangkan oleh Ulama' dan pemikir Islam. PAS bersedia untuk memberikan buah fikiran dalam apa jua perkara yang memberikan manfaat kepada umat Islam dan rakyat keseluruhannya.

Walaupun diskusi berkenaan tidak mewujudkan apa-apa resolusi, namun muzakarah semalam menjadi medan terbaik untuk para cendikiawan melihat isu ini dan berkongsi dari pelbagai sudut pandangan.

Menurut Harakahdaily, selain Tok Guru muzakarah semalam disertai hli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim, Dr Mohd Sani Badron dan felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md. Zain.

Cuma sedikit pelik, dari senarai di atas hanya Tun Abdullah sahaja yang hadir, sedangkan ulama-ulama Umno tidak diundang.

Baca selanjutnya......

HIKMAH HUKUM SEBAT TERHADAP PENZINA DISUDUT SAIN

Di berita TV3 menyiarkan temubual dengan tiga orang remaja Islam yang telah dikenakan hukuman rotan kerana berzina. Pasangannya juga dikenakan hukuman yang sama. Ketiga-tiga mereka redha dan bersyukur kerana dikenakan rotan dan menginsafi kesalahan yang mereka telah lakukan serta menggesa rakan remaja yang lain yang terjerumus kepada zina supaya segera bertaubat.
Walaupun tidak menepati Hudud tapi hukuman rotan ini dapat memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain. Kalau mengikut hukum hudud hukuman kepada penzina yang belum kahwin ialah 100 kali sebatan dan ini lebih mencegah. Prevention is better than cure!
Namun begitu Sister In Islam (SIS) mempertikaikan hukuman rotan ke atas remaja-remaja tersebut yang dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.
“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” menurut Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican.
Ini belum mengikut hukum Hudud baru rotan beberapa kali SIS telah membantah. Namun begitu saya terjumpa artikel berkenaan hukuman sebat kepada hukuman zina dari sudut sains sekaligus menunjukkan tindakan SIS membantah hukuman rotan tersebut bukan sahaja tidak betul dari sudut agama malah dari sudut sains juga.
HIKMAH DISEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI DARI SUDUT SAINS
Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel ”Cell-Mediated Immune System”. Apabila virus Aids menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS ”Acquired Immunologic Deficiency Syndrome”.
Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Sekiranya seseorang pesalah itu sudah dihinggapi HIV selepas penzinaannya T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan sel-sel sum-sum tulangnya mati tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel darah putih itu bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.
Tetapi dengan syarat :
Ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru.
Cara yang terbaik adalah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang tubuh badan manusiadengan sebatan yang merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi dua kali ganda jumlahnya daripada jumlah Virus Aids dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada Virus Aids sehingga ia dapat memusnahkan virus Aids dan terselamat daripada virus Aids.
Jika pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus Aids sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih bagi menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus Aids dan rejam sehingga mati merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberi pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Oleh :
Dr. Haji Jamnul Azhar B. Haji Mulkan

Baca selanjutnya......

Percambahan masalah sosial akibat mengenepikan Islam

E-mail Cetak PDF
pic_str_buangbayi
Percambahan masalah sosial pada hari ini merupakan rentetan daripada rentetan masalah sosial yang kurang diambil perhatian oleh pihak yang berwajib. Sejarah masalah sosial sejak 30 tahun yang lalu mendedahkan, isu percambahan kumpulan Rock, dadah, dedah dan aids telah berlaku sepanjang tahun 80an. Kemudian pada 1990an, isu sosial yang mendapat perhatian ialah gejala bohsia dan bohjan, gejala lepak, isu buang bayi dan kemuncaknya ialah isu murtad pada akhir 90an. Menjelang tahun 2000 pula, isu diteruskan dengan Black Metal dan pergaulan terlalu bebas yang menjadi trend pada masa ini. Kebimbangan isteri PM dan Shahrizat Jalil amat dialu-alukan tetapi ia tidak cukup sekadar itu. Kenapakah kini baru bersuara dan adakah mereka baru terperasan. PAS yang komited memperjuangkan Islam sangat prihatin dalam masalah ini dan dengan kemampuan yang ada, PAS telah berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya kepada pemuda dan remaja.
Almarhum Ustaz Fadhil Nor pernah menyebutkan kebimbangannya dengan statistik kelahiran anak luarnikah dalam Parlimen, tetapi ia berlalu begitu sahaja. Kini statistik anak luar nikah telah meningkat dengan ketara. Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Kesungguhan kerajaan BN menyelesaikan isu ini amat menyedihkan. Dengarlah semua ucapan pemimpin BN-“pembangunan, ekonomi, pelaburan, pelancungan, projek…” itu yang menjadi tema ucapan mereka. Manakala isu kemanusiaan dan pembangunan insan yang memberikan kesan jangka panjang kepada negara tidak dihiraukan sangat. Sungguhpun ada mereka menyebutkan “modal insan” tetapi tumpuan modal insan itu tidak menumpukan kepada aspek pembangunan agama sedangkan Rasulullah telah menyebutkan “Solat Subuh” menjadi pemangkin modal insan yang baik.
Buang bayi berlaku kerana manusia meninggalkan agama. Masyarakat Islam merasa Islam tidak perlu manakala kerajaannya pula mengabaikan persoalan teras Islam seperti solat. Hukum Islam pula diambil secara terpilih, yang mana menguntungkan diambil seperti zakat dan haji manakala yang kurang menguntungkan ditinggalkan seperti hukum hudud dan sebagainya. Sebagai satu agama yang lengkap, keindahan Islam tidak dapat dilihat melainkan apabila semua aspek di dalam Islam itu dapat dilaksanakan. 
Kebimbangan isteri PM dan menteri wanita tiada ertinya sedangkan sistem yang BN dokong dan perjuangkan selama lebih 50 tahun adalah sistem yang mengambil Islam secara terpilih. Maka, selama itulah masalah demi masalah akan terus berlaku dan tidak dapat diselesaikan. Marilah kembali kepada sistem yang berasaskan kepada Islam agar kehidupan yang lebih sempurna dapat tercapai.

Baca selanjutnya......

FORUM PERDANA

Urusan Ulamak pas Kampar akan menganjurkan satu program forum perdana yang bertajuk Muhammad swt. Uswatul Hasanah

Tarikh : 7 mac 2010.

Hari  : Ahad.

Masa : lepas isyak

Tempat : Perkarangan Masjid Jamek Kampar,Kg masjid.

Ahli panel  : AF Ustaz Khairuddin at-takiri
                  AF Ustaz  Yusni Mat Piah.
                  Uatazah Wan Hasrina Wan Hassan

Program dimula dengan nasyid dari Sautul Huffaz ( Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Tualang Sekah)
Barang-barang Islam juga akan dijual pada program tersebut.

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Baca selanjutnya......