PENGHULU ISTIGHFAR

Rakyat diseru tolak budaya fitnah dan politik lucah

Khamis, April 07, 2011

Kuala Lumpur, 4 April 2011 - Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh menegaskan rakyat wajib dan bertanggungjawab untuk menentang isu yang tidak bermoral seperti mengamalkan budaya politik lucah dan kotor serta fitnah memfitnah di negara ini.

Terutama beliau berkata isu berhubung video seks lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Ini katanya, isu yang didedahkan itu memberi gambaran kerajaan tidak bermoral.
Kerana itu katanya, apa sahaja yang berlaku dalam negara sepatutnya diselidik dan disiasat dahulu sebelum didedahkan kepada masyarakat.
“Jika perkara itu disabitkan oleh mahkamah dan sebagainya barulah benda itu didedahkan kepada umum, tetapi negara kita ini apabila datang satu perkara biarpun belum ada hitam putih atau kebenaran ia terus didedahkan oleh media”.
“Dituduhnya pula kepada seorang individu dan ini memberi gambaran negara ini terlalu terkebelakang”.
“Undang-undang dalam negara seolah-olah undang-undang hutan rimba belantara manakala yang berkuasa pula boleh bertindak apa sahaja”, katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, jika isu tersebut berlaku di negara maju kerajaannya pasti akan tumbang kerana ia merupakan sifat sebuah negara maju.
Namun katanya, negara ini amat jauh tabiatnya dengan negara-negara maju di seluruh dunia. Dakwanya, ini mungkin rakyat Malaysia diasuh kerajaan dengan sikap yang tidak sensitif terhadap isu-isu seperti itu.
“Sebab itu sekarang ini menjadi kewajipan kepada rakyat bangkit menentang perkara jijik seperti itu”.
“Dan kepada semua ahli politik seluruh negara sepatutnya semua parti di Malaysia bangkit dan perbetulkan sistem kehakiman ataupun sistem keadilan yang ada di negara kita ini," katanya.
Beliau berkata, ini kerana sistem seperti itu memberi gambaran negara ini kolot dan tidak ada undang-undang.
Tambahan pula katanya, pelik isu video lucah itu yang didedahkan kumpulan yang menamakan Dato' ‘T’ itu tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Sebaliknya katanya, orang yang mendedah video seks itu seolah-olah dilindungi pula.
Sepatutnya beliau berkata, mereka diambil tindakan kerana ia pendedahan itu perlu ada hitam putihnya.
“Mereka tidak boleh menuduh secara melulu dan kerajaan pula dilihat mendiam diri”.
“Kita nampak isu ini satu perancangan licik untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat dan kita harap rakyat tidak mudah diperdaya dengan isu seperti itu”.
Selain itu beliau berkata, kesan daripada politik lucah dan kotor akan membuat generasi muda menjadi lali dengan isu seks sedangkan sebuah negara yang bermaruah menuntut rakyatnya bermoral dan beragama.
Katanya, sepatutnya isu seperti itu dibicara di mahkamah sahaja dan jika didapati bersalah orang itu menerima hukumannya.
Malah katanya, dalam Islam orang menuduh seseorang itu terlibat dengan seks mereka memerlukan empat saksi.
Katanya, sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang yang menuduh mesti megemukakan saksi dan orang yang dituduh boleh mengelak daripada tuduhan itu dengan bersumpah”. (atau sebagaimana yang disabdakan oleh Rasullah s.a.w)
Oleh kerana itu tegasnya, rakyat perlu menyingkir pemimpin-pemimpin yang mengamalkan politik kotor, lucah dan jijik daripadi menjadi pemimpin negara ini

0 comments:

/baca /bye /ding /hore /joget
/kembik /love /marah /melet /mencak
/nangis /ngayal /puyeng /serem /stres

Catat Ulasan