PENGHULU ISTIGHFAR

UM Bakir : “Aku merasai sendiri penderitaan anak-anakku selepas dua hari ditahan dipenjara”.

Ahad, Disember 20, 2009


Khamis , 17/12/2009 – Isnin lalu, Um Bakir, seorang ibu kepada lima orang anak lelaki yang kesemuanya dipenjarakan oleh pihak Israel berdepan sendiri dengan pengalaman seksaan perit para banduan setelah dipenjarakan selama dua hari.
Di dalam kenyataan akhbar kepada Agensi Berita Safa, Um Bakir yang baru saja dibebaskan dari penjara Israel Isnin lalu mengatakan bahawa anak-anaknya sebelum ini pernah menceritakan kepadanya tentang siksaan yang dilakukan di dalam penjara tersebut, tetapi beliau tidak menjangkakan ianya seteruk itu, pada masa yang sama, beliau juga sangat berharap untuk bersama dengan anak-anak nya semula melalui persepakatan pertukaran tawanan.
Menjelaskan keadaan bagaimana beliau ditahan, katanya tiba-tiba pada tengah malam sabtu lalu, sekumpulan tentera Israel telah mengetuk rumahnya dengan kasar, dan sebaik beliau membuka pintu, tentera tersebut mengatakan bahawa beliau ditahan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez

Baca selanjutnya......

Abu Obaida: Serangan balas pahit menanti tentera Israel sekiranya berlaku perang Gaza lagi.


Khamis , 17/12/2009 – Abu Obaida, jurucakap Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, memberi amaran akan memastikan serangan balas mereka sesuatu yang pahit untuk ditelan bagi askar Israel sekiranya mereka menyerang Gaza sekali lagi. Beliau menambah lagi bahawa kemenangan akan berada di pihak beliau dan mereka akan gagal dengan teruknya.  Mereka akan hanya melepaskan senjata mereka apabila penjajahan Israel dapat dihapuskan sepenuhnya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Baca selanjutnya......

Di Somalia hukum Allah dilaksanakan walaupun belum menyeluruh..di Malaysia yang mengaku sebagai negara Islam apa cerita...?



BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mat.....ummianni

Baca selanjutnya......

DOA IMAM BESAR MAKKAH..BELIAU DITANGKAP SESUDAH SELEDAI MEMBACA DOA TERSEBUT...

Selasa, Disember 15, 2009

Imam besar Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah, Syaikh Adil ibn Salim al-Kalbani


Doa Imam besar Mekah hingga menangis…Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut … semuga ALLAH menetapkan Imannya.
Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.
Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman “Faajirin”, Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan. Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan … Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran … Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.
Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.
(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,
Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: “Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu”, Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,
Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, … Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.
Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.
Amin Ya Rabbal ‘alamin!
Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT....

Baca selanjutnya......

MAJLIS MUHADHORAH MTQ TUALANG SEKAH MERIAH





Diantara program pertandingan yang diadakan pada majlis muhadhorah mtq tualang sekah ialah pentomen,nasyid,pidato,khatbah dan hafazan.barisan hakim-hakim terdiri daripada guru-guru ma'had ,iaitu ustaz anuar morat,ustaz amirol telah diamanah menghakimi pertandingan khotbah,ustaz tadri,ustaz khir menghakimi pertandingan nasyid,ustaz fikri,ustaz megat menghakimi pertandingan pentomen dan lain-lain lagi,kalau kita lihat pada persembahan,susah para-para hakim nak bagi markah kerana semuanya hebat-hebat belaka,peserta-peserta yang masuk dalam pertandingan itu,ialah mereka-mereka yang berebut hadiah-hadiah yang lumayan yang akan diterima pada majlis ihtifal pada 19-12-09 nanti, yang mana majlis tersebut ialah majlis tahunan bagi mtq tualang sekah yang akan dihadiri oleh ibubapa dan waris pelajar, selain daripada menyampaikan hadiah bagi pertandingan tersebut disana ada lagi hadiah-hadiah untuk pelajar-pelajar terbaik, pelajar-pelajar cemerlang disegi hafazannya dan pelajaranya..

Baca selanjutnya......

Gambar Terowong Kematian Tapi Lorong Kehidupan

Isnin, Disember 07, 2009

  Gambar atas ialah sebuah lubang bawah tanah merentasi sempadan antara Palastin dengan negeri jiran. Melalui lubang inilah mereka membawa keluar masuk pelbagai barangan yang diperlukan.

Gambar bawah ialah bahagian-bahagian kenderaan yang diseludup melalui lubang tersebut. Bila mencukupi, bahagian-bahagian itu dicantumkan menjadi sebuah kenderaan yang lengkap. Tak perlu daftar dan tak payah bayar sebarang cukai.

Ini hanya satu contoh betapa penting lubang yang merentasi sempadan. Justeru, lubang ini dinamakan Lorong Kehidupan.

Namun, jika silap haribulan atau salah waktu, sesiapa yang menggunakan lubang ini akan ketangkapan atau mengalami kemalangan malah kematian. Kerana itu, lubang ini dinamakan juga sebagai Terowong Kematian.

Begitulah nasib penduduk Palastin!....siyasah syar'iyah

Baca selanjutnya......

Program Karnival Nisa Kampar

Ahad, Disember 06, 2009





Tahniah kepada muslimat pas kampar yang telah berjaya menganjurkan satu program yang julung-julung kali diadakan di kawasan kampar iaitulah Karnival Nisa diperkarangan Masjid Jamek Kampar, yang berlangsung pada 5-6 Dis 2009, program tersebut dipenuhi dengan bermacam-macam aktiviti diantaranya, pertandingan masak mee goreng mujahid, pertandingan dam ular,dam aji,forum agama,dan bermacam-macam jualan yang ada disitu termasuklah makanan dan pakain,program ini dapat menarik remaja-remaja dan juga masyarakat setempat.

Baca selanjutnya......

Dr. M Dapat Lihat Sendiri Kemusnahannya Seperti Didoakan Almarhum Ust Fadzil Noor

Khamis, Disember 03, 2009

Kini Mahathir baru terkejut dengan apa yang telah terjadi kepada UMNO dan ahli serta para pemimpinnya. Harakahdaily menyiarkan berita bahawa Mahathir berkata “UMNO kini busuk hingga ke ususnya“.

Ketika ramai di kalangan kita tidak hairan dan terkejut dengan apa yang kini telah menimpa UMNO, mungkin kita terkejut kerana Mahathir baru terkejut.

Suatu masa dahulu ketika Dr. M menerajui UMNO, Shahnon Ahmad pernah memperkatakan tentang kebusukkan apa yang ada di dalam usus UMNO, ramai pemimpin dan ahli UMNO menentang dan marah. Kemarahan mereka dibawa hingga ke dalam teks khutbah Jumaat (di seluruh masjid negeri Selangor ketika itu).

Apakah ini seperti yang pernah IB sebut sebelum ini – Al-Marhum Ustaz Fadzil Doa Mahathir Dipanjang Umur … ?

Namun kemusnahan yang dialami UMNO kini berpunca tidak lain dari Mahathir sendiri. Dalam era pemerintahannya yang hampir suku abad itu telah sedikit demi sedikit merosakkan UMNO dari sistem hingga ke orang-orangnya sekali. Kemusnahan ini tidak terbendung di dalam UMNO sahaja malah wabak ini berjangkit hingga ke parti-parti komponen BN yang lain dengan apa yang kita dapat lihat hari ini.

Malangnya bagi negara kita, kerana kekuasaan BN dan kekuatan mereka, kemusnahan ini turut terkesan kepada kita semua rakyat yang biasa hinggakan boleh juga kita lihat tercerna pengaruhnya di dalam pemikiran sesetengah ahli dan pimpinan parti lawan (yang mungkin sebelum ini mereka pernah bergelumang dalam UMNO dan terikut-ikut dengan budaya sana) – dan PAS pun terkesan sama.

Mungkin ini menjadi suatu cerminan untuk pemimpin PAS memerhati perilaku dan budaya kita supaya tidak terikut-ikut kemusnahan yang dilalui UMNO. -IbrahimBaba
Al-Marhum Ustaz Fadzil Doa Mahathir Dipanjang Umur …

Dalam perjalanan untuk hadir ke satu majlis pada tahun 2000, Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata kepada kami dalam kereta yang dipandu IB sendiri ketika itu, bahawa beliau mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.
Apakah kini doa Al-Marhum mantan Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?

Kemusnahan institusi kehakiman, kerosakan akhlak remaja [dan orang-orang tua pun!], kebejatan sosial, rasuah berleluasa, asas ekonomi yang mula goyah … sebahagian besarnya ini adalah hasil tangan Mahathir sendiri. Kebanyakan rungutan yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dari Mahathir sendiri. Pak Lah mungkin sebagai perlengkap sahaja.

Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada akhbar dan lain-lain media untuk dihukumkan oleh masyarakat. Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya. Tidak mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau ketika berkuasa selama lebih 22 tahun.

Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara.

Senarai “pendakwa raya” “perbicaraan rakyat” Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari [tidak mungkin IB boleh lengkapkan senarai yang kian bertambah itu]. Pak Lah yang sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir kini telah kian lantang membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir.

Walaupun ada yang menyebelahi Mahathir dalam krisis kini untuk menjadi “peguam bela” namun ramai dari “peguam bela” ini sendiri turut terbabit dalam pelbagai kes yang dibongkar itu. Dan mereka ini adalah sebenarnya antara barisan “saksi” utama dalam “perbicaraan rakyat” ini.

Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit – banyak yang kita boleh persoalkan. Sememangnya persaksian orang-orang seperti Mahathir ditolak dalam Al-Qur’an.

Apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya [when you compound a lie, you compounded the consequences]. Dan dia akan terus dengan pembohongan demi pembohongan. -IbrahimBaba

Baca selanjutnya......

(Terkini) Rejim Zionis menangkap seorang budak lelaki cacat warga Palestin sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Rabu, Disember 02, 2009


Selasa , 01/12/2009 - Menurut maklumat awam, Rejim Zionis telah menangkap Ahmad Samir Asfour, seorang budak lelaki warga Palestin yang cacat dari daerah Selatan Gaza Bandar Khan Younis sewaktu beliau dalam perjalanan ke hospital di Jerusalem.

Keluarga tawanan Palestin mengatakan dalam sebuah pernyataan yang disalurkan melalui Pusat Pengajian banduan bahawa anak mereka Ahmad dirawat di Mesir selepas cedera akibat perang penaklukan Israel di Gaza, di mana rawatan tersebut memerlukan beliau mengulangi beberapa kali proses amputasi pada bahagian-bahagian badan dan secara berterusan di hospital Jerusalem.
Keluarga tersebut menambah lagi bahawa mereka terkejut dengan tindakan Rejim Zionis menahan Ahmad, tetapi melepaskan kembali ayahnya yang menemani beliau dengan disita sebanyak $ 2.500 dan telefon mereka telah dirampas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah

Baca selanjutnya......

Ahli parlimen Sweden : Gaza adalah penjara terbuka terbesar di dunia.


Selasa , 01/12/2009 - Ahli parlimen parti hijau Sweden telah mengkritik kementerian imigresen kerana memutuskan untuk menghantar pulang para pelarian Palestin ke Semenanjung Gaza, sambil memberi amaran bahawa Gaza di bawah pengepungan Israel telah berubah menjadi penjara terbesar dalam ruang udara yang terbuka.

Ahli parlimen pembangkang itu menggambarkan langkah tersebut sebagai tidak boleh diterima dan tidak berperikemanusiaan. Ketika menulis artikel di akhbar Sweden, Aftonbladet beberapa hari yang lalu, ahli parlimen itu telah mengulas keputusan kementerian imigresen mengenai sebuah keluarga Palestin dengan dua anak yang terancam untuk dihantar pulang ke Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_7

Baca selanjutnya......

Hari ini nikah esok bersalin

Selasa, Disember 01, 2009

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my


MELAKA: Tidak sampai 24 jam selepas diijab kabul dan bergelar isteri, seorang wanita yang sarat mengandung melahirkan bayi perempuan, awal pagi semalam.

Ibu muda berusia 21 tahun itu melahirkan anak di Hospital Melaka (HM) kira-kira jam 6 pagi selepas dimasukkan ke wad enam jam sebelum itu kerana mengadu sakit perut.

Wanita itu bernikah dengan pasangannya berusia 28 tahun dan turut mengadakan majlis perkahwinan mereka di rumah keluarganya di sini walaupun mengetahui dirinya hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.

Difahamkan, majlis perkahwinan pasangan itu meriah seperti pasangan pengantin baru lain dengan kedua-dua mempelai bersanding dan diarak dengan kompang.....mymetro

Baca selanjutnya......

Jangan salahkan penuntut asing

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menolak andaian sesetengah pihak yang gemar menuding jari menyalahkan penuntut antarabangsa sebagai punca wujudnya pelbagai isu sosial di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Radin Umar Radin Sohadi, berkata persepsi antarabangsa terhadap kualiti penggajian tinggi di sini penting bagi menarik ramai penuntut dari luar negara.

Beliau berkata, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memastikan tidak wujud kes yang boleh menjejaskan imej positif kualiti pengajian tinggi di Malaysia.

“Sehubungan itu, beberapa mekanisme sudah diambil, antaranya pengurusan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) jika penuntut gagal menghadiri kelas tiga hari berturut-turut tanpa sebarang sebab dan satu salinan perlu dikemukakan kepada KPT..mymetro

Baca selanjutnya......

Enam polis kena rempuh


KUALA LUMPUR: Enam anggota polis nyaris maut apabila dua penjenayah berbahaya nekad melepaskan tembakan sebelum merempuh motosikal ditunggang anggota polis itu dalam usaha melarikan diri.

Bagaimanapun, empat anggota polis yang menaiki motosikal berkenaan sempat melompat menyelamatkan diri sebelum kereta dipandu penjenayah merempuh motosikal itu.

Tindakan ganas penjenayah itu menyebabkan anggota polis lain membalas tembakan sebelum menembusi tubuh seorang daripada suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi, kelmarin apabila dua anggota polis dari Ibu pejabat Polis Sentul melakukan tugas rondaan jenayah berhampiran Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Baru di sini....mymetro

Baca selanjutnya......

Kambing Dan Beras Naik Harga

Isnin, November 30, 2009

Riyadh, Sabtu 28 Nivember 2009. Harga kambing untuk qurban meningkat hingga sampai 100% lebih. Setelah kenaikan harga 40% berikutan Eidil-Fitri lepas dari 300 - 1000 riyal
kepada 650 - 2400 riyal seekor.

Selain itu, harga beras juga turut naik mulai Khamis menjelang Eidil-Adha. Beras stok lama naik hingga 15% dan beras stok baru meningkat hingga 40%. Selepas banjir dua hari lepas, harga beras dijangka akan meningkat lagi.

Baca selanjutnya......

HUKUMAN BUNUH PEROGOL!

Ahad, November 29, 2009






Salam 2 all.

Saya menerima email ini yang menunjukkan hukuman bunuh secara tembakan 11 das dilaksanakan ke atas seorang perogol kanak-kanak berumur 8 tahun. Hukuman ini dikatakan dilaksanakan di Yemen. Kelihatan perogol tersebut dibawa ke tempat hukuman iaitu sebuah tempat terbuka dimana ramai yang menyaksikan.

Saya teringat kisah adik Aaliyah Aiman Hussin, kanak-kanak yang dirogol, diliwat dan dibunuh oleh teman lelaki ibunya. Aaliyah berumur 3 tahun semasa kejadian (kisah lanjut boleh lihat tulisan saya bertajuk "Dajjal ++" bertarikh 21.10.2009).

Kekadang terasa jugak hati saya kalau dapat hukuman macam di Yemen itu dilaksanakan di Malaysia ini, macam kes adik Aaliyah dan banyak lagi kes seumpamanya. Mungkin cara itu dapat menghapuskan jenayah rogol dan seksual terhadap kanak-kanak.

Well, just thinking out aloud.


Adios amigos.


Zulkifli Bin Noordin

Isnin
05 Zulhijjah 1430
23 Nov 2009


Baca selanjutnya......


Saya seisi keluarga mengucapkan selamat hari raya aidul adha kepada semua muslimin muslimat khususnya mereka yang sudi melayari blog saya ini, Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberi beluang oleh Allah bertemu dengan hari raya qurban,muda-mudahan kita dapat sama-sama bermuhasabah diri kita sejauh mana kita beriman serta tunduk dan patuh kepada Allah swt seperti mana kepatuhan Nabi Ibrahim,Nabi Ismail serta Siti Hajar kepada Allah swt,kepatuhan seperti itulah yang dikehendaki kepada kita oleh Allah swt,,

Baca selanjutnya......

Gambar Banjir Di Makkah

Khamis, November 26, 2009

Thursday, November 26, 2009

Berikut ialah gambar-gambar banjir di persekitaran Makkah semalam, akibat hujan lebat selama kira-kira empat jam. Beberapa jalan utama telah terputus, ratusan kediaman ranap, ribuan kereta tenggelam, beberapa jambatan runtuh, beberapa nyawa terkorban dan beberapa kemalangan lain.


Sumber: Akhbar Ar-Riyadh dan Al-Madinah, terbitan Khamis, 26 November 2009.
_________

Awal-awal hujan di Mina:


Baca selanjutnya......

Najib "mesra" judi!

Malaysia sebuah Negara Islam berjaya meraut hasil judi sebanyak RM2.37 bilion pada tahun 2008.

Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM.

Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.

Elok rasanya pamerkan kejayaan UMNO ini dengan mengadakan memacak billboard gergasi di jalan-jalan utama di seluruh negara.

Cantik lagi pacakkan signboard di kawasan masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Negeri.

Sama seperti signboard "Bahaya Dadah" yang sekarang terpacak di setiap kawasan masjid.

Malu apa weeh! Minta saudagar-saudagar judi menaja signboard ini. Takkan mereka kedekut. Mereka dah untung berjuta-juta weeh! Minta Menteri KAGAT dan Ustazah Mashitah ambil tindakan proaktif ini.

Jika tahun 2008 dikenali Tahun Islam Hadhari Pak Lah pun sudah raut keuntungan RM2.37 bilion, berapakah hasil tahun 2009 Tahun 1Malaysia?

Sebaik sahaja Najib jadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan puluhan lesen judi terutama cabutan mingguan.

Masa itu Najib belum jadi PM. Bayangkan kini beliau telah jadi PM, tentulah berjoget sakan saudagar judi mendapat"syafaat" Najib

Baca selanjutnya......

13 pro Hamas ditangkap oleh kumpulan bersenjata Abbas.

Rabu, November 25, 2009


Rabu , 25/11/2009 – Kumpulan bersenjata Mahmoud Abbas dilaporkan telah menahan 13 penduduk Palestin yang pro-Hamas sejak dua hari lepas di daerah Nablus dan Tulkarem.

Di Tulkarem, kumpulan bersenjata Abbas telah menahan empat orang bekas tahanan penjara Israel yang salah seorang daripada mereka terus sahaja ditahan selepas dibebaskan manakala Khaled Olayan, pengarah pejabat ahli parlimen Palestin bandar tersebut serta tiga daripada keluarga Hersha juga ditahan selepas mereka dipanggil untuk siasatan.
Di Nablus, mereka juga menahan seorang bekas banduan kurang 24 jam selepas dia dibebaskan daripada penjara Israel selain empat orang yang lain dari berbagai daerah di bandar terbabit.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

Baca selanjutnya......

UN : Ratusan warga Palestin dijangka akan diusir.

Jumaat, November 20, 2009



Khamis,19/11/2009 – Pejabat urusan penyelarasan kemanusiaan PBB (OCHA) memberi amaran ratusan warga Palestin di Baitulmuqaddis yang ditawan semakin diancam dengan perpindahan berikutan niat Israel untuk menghancurkan rumah-rumah mereka dengan alasan tiada kebenaran membuat pembinaan.
Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh OCHA mendedahkan bahawa dewan bandaraya Israel di bandar suci itu mengeluarkan arahan menggeledah terhadap 17 rumah Palestin di sekitar Silwan. Laporan ini menyatakan 90 rumah Palestin menerima arahan penggeledahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menjadikan mereka berhadapan dengan risiko perpindahan.
sumber : http://www.palestine

Baca selanjutnya......

MATLAMAT TIDAK MENGHAHALKAN CARA....

Usahawan Internet berbogel untuk kebajikan


                    WAY















LONDON - Seramai 24 usahawan Internet di Britain termasuk wanita sanggup bergambar bogel untuk kalendar kebajikan 2010 bagi membuktikan mereka merupakan manusia normal dan bukannya individu yang antisosial, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kalendar yang memaparkan gambar bogel mereka dijual pada harga £10 (RM33.92) dan semua wang hasil jualan akan didermakan kepada sebuah badan kebajikan yang melaksanakan projek-projek teknologi maklumat di India untuk golongan tidak bernasib baik.
Semua kalendar itu boleh ditempah di laman firebox.com.
Seorang usahawan wanita, Hermione Way, 24, yang mengendalikan laman video techfluff.tv di Internet berkata, dia tidak kesal kerana berbogel untuk kalendar kebajikan itu.
"Ia merupakan sesuatu yang menyeronokkan kerana ia untuk tujuan yang baik. Saya berharap kita akan mendapat hasil jualan yang banyak," katanya.

Dia berharap kalendar itu akan memperbaiki imej pekerja dalam dunia teknologi kerana mereka kerap dianggap antisosial.
Antara usahawan Internet yang berbogel itu ialah pengendali laman Groupspaces, David Langer, Alicia Navarro dari firma pemasaran Skimlinks, pengasas laman Girl Meets Dress.com, Anna Brance dan Elizabeth Varley dari London TWestival.
Kalendar itu merupakan idea penulis teknologi, Milo Yiannopoulos.
Semua usahawan itu dipilih oleh satu jawatankuasa terdiri daripada pakar-pakar dalam talian dan undian orang awam. - ....KOSMO

Baca selanjutnya......

Perit ibu dukung anak ke sekolah setiap hari berbaloi




SITI NORFARAH didukung ibunya, Norhaida untuk diletakkan di atas motosikal di Besut, Terengganu semalam.


BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.

Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.
Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.

Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.
Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.
Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.
Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.
"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas....kosmo.

seorang ibu yang sewajarnya diberi anugerah oleh pihak perwajib

Baca selanjutnya......

Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan

Khamis, November 19, 2009



Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000).


Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).


Ianya terletak di Blok-Blok berikut,


* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312

Baca selanjutnya......

Titah-titah Baginda Sultan

Pandangan rakyat merupakan satu petanda yang terbaik sama ada berjaya atau tidak pentadbiran sesebuah negeri""Sudah semestinya prinsip ini dilengkapkan dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang semua seharusnya sedia maklum, 
Sultan Sharafuddin Idris Shah

Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya, 
Sultan Azlan Shah

Baca selanjutnya......

(Terkini) Banduan Palestin mengidap diabetes melonjak kepada 88 orang.

Rabu,18/11/2009 – Kementerian Khidmat Uturan Tahanan melaporkan bahawa sejumlah tawanan Palestin yang menderita penyakit diabetes di penjara-penjara Israel melonjak menjadi 88 orang dengan kadar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Dalam sebuah laporan yang dikeluarkan pada Hari Diabetes Sedunia 14 November lalu, kementerian menyatakan pesakit dalam penjara-penjara Israel menderita koma diabetes dan tidak dapat menerima rawatan perubatan dengan segera.

Kementerian menambah keadaan fizikal dan psikologi yang teruk dialami oleh tahanan Palestin di penjara-penjara Israel yang menyediakan tempat yang subur untuk penularan diabetes, mencatatkan bahawa ramai tahanan menghidap diabetes di dalam penjara....palestinkini

Baca selanjutnya......

Gas kehabisan di Gaza, krisis kemanusiaan yang teruk akan berlaku.



Ahad,15/11/2009 – Persatuan syarikat bahan api di Gaza Sabtu lalu memberi amaran krisis kemanusiaan yang akan berlaku selepas pemberhentian bekalan gas dari stesen bahan bakar untuk 25 hari berturut-turut.
Mahmoud Al-Shawwa, ketua persatuan bahan api mengatakan bahawa stesen gas di Gaza ditutup selepas stok kehabisan.   Shawwa menjelaskan bahawa rejim Zionis telah menutup sempadan Shujaiya baru-baru ini bagi tujuan kemasukan gas dan diesel ke dalam industri di Gaza . Hanya sempadan Karam Abu Salem yang dibuka untuk tujuan itu, tetapi hanya dalam kuantiti yang kecil sahaja dan ia masih tidak mencukupi...palestinkini

Baca selanjutnya......

Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Kampar

Isnin, November 16, 2009


parent1
pakaian bragam
Pakaian beragam
nuha2
Majlis Anugerah Pasti Kampar telah berlangsung meriah di Dewan Maahad Tahfiz Tualang Sekah dengan persembahan pelajar, ucapan penuh motovasi oleh pimpinan Pasti dan penyampaian hadiah.

Menurut Pengerusi Pasti Kampar, Sdr Manaf Ismail, Hari Anugerah kali ke 10 ini cuba membuktikan kepada massa pencapaian anak-anak didik Pasti Kampar , antaranya berjaya mewakili Perak ke pertandingan membaca peringkat kebangsaan.
Para hadirin terhibur dengan persembahan pelajar Pasti yang mengalunkan nasyid, hafazan Quran , azan dan membaca jawi dengan lancar.
rasmi
Ucapan perasmian oleh Setiausaha Pasti Perak.
Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad Hadri b Abd Majid, Setiausaha Pasti Perak. Turut Hadir ialah Tn Hj Rosli Suhaime, Setiausaha Pasti Pusat yang juga mantan pengerusi Pasti Kampar, Sdr Riduan Rasyid, Ketua DPP Kampar dan Sdr Jamil Abdullah, Setiausaha Pas Kampar.....rajasedaka

Baca selanjutnya......