PENGHULU ISTIGHFAR

Kambing Dan Beras Naik Harga

Isnin, November 30, 2009

Riyadh, Sabtu 28 Nivember 2009. Harga kambing untuk qurban meningkat hingga sampai 100% lebih. Setelah kenaikan harga 40% berikutan Eidil-Fitri lepas dari 300 - 1000 riyal
kepada 650 - 2400 riyal seekor.

Selain itu, harga beras juga turut naik mulai Khamis menjelang Eidil-Adha. Beras stok lama naik hingga 15% dan beras stok baru meningkat hingga 40%. Selepas banjir dua hari lepas, harga beras dijangka akan meningkat lagi.

Baca selanjutnya......

HUKUMAN BUNUH PEROGOL!

Ahad, November 29, 2009






Salam 2 all.

Saya menerima email ini yang menunjukkan hukuman bunuh secara tembakan 11 das dilaksanakan ke atas seorang perogol kanak-kanak berumur 8 tahun. Hukuman ini dikatakan dilaksanakan di Yemen. Kelihatan perogol tersebut dibawa ke tempat hukuman iaitu sebuah tempat terbuka dimana ramai yang menyaksikan.

Saya teringat kisah adik Aaliyah Aiman Hussin, kanak-kanak yang dirogol, diliwat dan dibunuh oleh teman lelaki ibunya. Aaliyah berumur 3 tahun semasa kejadian (kisah lanjut boleh lihat tulisan saya bertajuk "Dajjal ++" bertarikh 21.10.2009).

Kekadang terasa jugak hati saya kalau dapat hukuman macam di Yemen itu dilaksanakan di Malaysia ini, macam kes adik Aaliyah dan banyak lagi kes seumpamanya. Mungkin cara itu dapat menghapuskan jenayah rogol dan seksual terhadap kanak-kanak.

Well, just thinking out aloud.


Adios amigos.


Zulkifli Bin Noordin

Isnin
05 Zulhijjah 1430
23 Nov 2009


Baca selanjutnya......


Saya seisi keluarga mengucapkan selamat hari raya aidul adha kepada semua muslimin muslimat khususnya mereka yang sudi melayari blog saya ini, Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberi beluang oleh Allah bertemu dengan hari raya qurban,muda-mudahan kita dapat sama-sama bermuhasabah diri kita sejauh mana kita beriman serta tunduk dan patuh kepada Allah swt seperti mana kepatuhan Nabi Ibrahim,Nabi Ismail serta Siti Hajar kepada Allah swt,kepatuhan seperti itulah yang dikehendaki kepada kita oleh Allah swt,,

Baca selanjutnya......

Gambar Banjir Di Makkah

Khamis, November 26, 2009

Thursday, November 26, 2009

Berikut ialah gambar-gambar banjir di persekitaran Makkah semalam, akibat hujan lebat selama kira-kira empat jam. Beberapa jalan utama telah terputus, ratusan kediaman ranap, ribuan kereta tenggelam, beberapa jambatan runtuh, beberapa nyawa terkorban dan beberapa kemalangan lain.


Sumber: Akhbar Ar-Riyadh dan Al-Madinah, terbitan Khamis, 26 November 2009.
_________

Awal-awal hujan di Mina:


Baca selanjutnya......

Najib "mesra" judi!

Malaysia sebuah Negara Islam berjaya meraut hasil judi sebanyak RM2.37 bilion pada tahun 2008.

Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM.

Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.

Elok rasanya pamerkan kejayaan UMNO ini dengan mengadakan memacak billboard gergasi di jalan-jalan utama di seluruh negara.

Cantik lagi pacakkan signboard di kawasan masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Negeri.

Sama seperti signboard "Bahaya Dadah" yang sekarang terpacak di setiap kawasan masjid.

Malu apa weeh! Minta saudagar-saudagar judi menaja signboard ini. Takkan mereka kedekut. Mereka dah untung berjuta-juta weeh! Minta Menteri KAGAT dan Ustazah Mashitah ambil tindakan proaktif ini.

Jika tahun 2008 dikenali Tahun Islam Hadhari Pak Lah pun sudah raut keuntungan RM2.37 bilion, berapakah hasil tahun 2009 Tahun 1Malaysia?

Sebaik sahaja Najib jadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan puluhan lesen judi terutama cabutan mingguan.

Masa itu Najib belum jadi PM. Bayangkan kini beliau telah jadi PM, tentulah berjoget sakan saudagar judi mendapat"syafaat" Najib

Baca selanjutnya......

13 pro Hamas ditangkap oleh kumpulan bersenjata Abbas.

Rabu, November 25, 2009


Rabu , 25/11/2009 – Kumpulan bersenjata Mahmoud Abbas dilaporkan telah menahan 13 penduduk Palestin yang pro-Hamas sejak dua hari lepas di daerah Nablus dan Tulkarem.

Di Tulkarem, kumpulan bersenjata Abbas telah menahan empat orang bekas tahanan penjara Israel yang salah seorang daripada mereka terus sahaja ditahan selepas dibebaskan manakala Khaled Olayan, pengarah pejabat ahli parlimen Palestin bandar tersebut serta tiga daripada keluarga Hersha juga ditahan selepas mereka dipanggil untuk siasatan.
Di Nablus, mereka juga menahan seorang bekas banduan kurang 24 jam selepas dia dibebaskan daripada penjara Israel selain empat orang yang lain dari berbagai daerah di bandar terbabit.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

Baca selanjutnya......

UN : Ratusan warga Palestin dijangka akan diusir.

Jumaat, November 20, 2009



Khamis,19/11/2009 – Pejabat urusan penyelarasan kemanusiaan PBB (OCHA) memberi amaran ratusan warga Palestin di Baitulmuqaddis yang ditawan semakin diancam dengan perpindahan berikutan niat Israel untuk menghancurkan rumah-rumah mereka dengan alasan tiada kebenaran membuat pembinaan.
Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh OCHA mendedahkan bahawa dewan bandaraya Israel di bandar suci itu mengeluarkan arahan menggeledah terhadap 17 rumah Palestin di sekitar Silwan. Laporan ini menyatakan 90 rumah Palestin menerima arahan penggeledahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menjadikan mereka berhadapan dengan risiko perpindahan.
sumber : http://www.palestine

Baca selanjutnya......

MATLAMAT TIDAK MENGHAHALKAN CARA....

Usahawan Internet berbogel untuk kebajikan


                    WAY















LONDON - Seramai 24 usahawan Internet di Britain termasuk wanita sanggup bergambar bogel untuk kalendar kebajikan 2010 bagi membuktikan mereka merupakan manusia normal dan bukannya individu yang antisosial, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kalendar yang memaparkan gambar bogel mereka dijual pada harga £10 (RM33.92) dan semua wang hasil jualan akan didermakan kepada sebuah badan kebajikan yang melaksanakan projek-projek teknologi maklumat di India untuk golongan tidak bernasib baik.
Semua kalendar itu boleh ditempah di laman firebox.com.
Seorang usahawan wanita, Hermione Way, 24, yang mengendalikan laman video techfluff.tv di Internet berkata, dia tidak kesal kerana berbogel untuk kalendar kebajikan itu.
"Ia merupakan sesuatu yang menyeronokkan kerana ia untuk tujuan yang baik. Saya berharap kita akan mendapat hasil jualan yang banyak," katanya.

Dia berharap kalendar itu akan memperbaiki imej pekerja dalam dunia teknologi kerana mereka kerap dianggap antisosial.
Antara usahawan Internet yang berbogel itu ialah pengendali laman Groupspaces, David Langer, Alicia Navarro dari firma pemasaran Skimlinks, pengasas laman Girl Meets Dress.com, Anna Brance dan Elizabeth Varley dari London TWestival.
Kalendar itu merupakan idea penulis teknologi, Milo Yiannopoulos.
Semua usahawan itu dipilih oleh satu jawatankuasa terdiri daripada pakar-pakar dalam talian dan undian orang awam. - ....KOSMO

Baca selanjutnya......

Perit ibu dukung anak ke sekolah setiap hari berbaloi




SITI NORFARAH didukung ibunya, Norhaida untuk diletakkan di atas motosikal di Besut, Terengganu semalam.


BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.

Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.
Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.

Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.
Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.
Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.
Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.
"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas....kosmo.

seorang ibu yang sewajarnya diberi anugerah oleh pihak perwajib

Baca selanjutnya......

Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan

Khamis, November 19, 2009



Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000).


Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).


Ianya terletak di Blok-Blok berikut,


* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312

Baca selanjutnya......

Titah-titah Baginda Sultan

Pandangan rakyat merupakan satu petanda yang terbaik sama ada berjaya atau tidak pentadbiran sesebuah negeri""Sudah semestinya prinsip ini dilengkapkan dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang semua seharusnya sedia maklum, 
Sultan Sharafuddin Idris Shah

Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya, 
Sultan Azlan Shah

Baca selanjutnya......

(Terkini) Banduan Palestin mengidap diabetes melonjak kepada 88 orang.

Rabu,18/11/2009 – Kementerian Khidmat Uturan Tahanan melaporkan bahawa sejumlah tawanan Palestin yang menderita penyakit diabetes di penjara-penjara Israel melonjak menjadi 88 orang dengan kadar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Dalam sebuah laporan yang dikeluarkan pada Hari Diabetes Sedunia 14 November lalu, kementerian menyatakan pesakit dalam penjara-penjara Israel menderita koma diabetes dan tidak dapat menerima rawatan perubatan dengan segera.

Kementerian menambah keadaan fizikal dan psikologi yang teruk dialami oleh tahanan Palestin di penjara-penjara Israel yang menyediakan tempat yang subur untuk penularan diabetes, mencatatkan bahawa ramai tahanan menghidap diabetes di dalam penjara....palestinkini

Baca selanjutnya......

Gas kehabisan di Gaza, krisis kemanusiaan yang teruk akan berlaku.



Ahad,15/11/2009 – Persatuan syarikat bahan api di Gaza Sabtu lalu memberi amaran krisis kemanusiaan yang akan berlaku selepas pemberhentian bekalan gas dari stesen bahan bakar untuk 25 hari berturut-turut.
Mahmoud Al-Shawwa, ketua persatuan bahan api mengatakan bahawa stesen gas di Gaza ditutup selepas stok kehabisan.   Shawwa menjelaskan bahawa rejim Zionis telah menutup sempadan Shujaiya baru-baru ini bagi tujuan kemasukan gas dan diesel ke dalam industri di Gaza . Hanya sempadan Karam Abu Salem yang dibuka untuk tujuan itu, tetapi hanya dalam kuantiti yang kecil sahaja dan ia masih tidak mencukupi...palestinkini

Baca selanjutnya......

Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Kampar

Isnin, November 16, 2009


parent1
pakaian bragam
Pakaian beragam
nuha2
Majlis Anugerah Pasti Kampar telah berlangsung meriah di Dewan Maahad Tahfiz Tualang Sekah dengan persembahan pelajar, ucapan penuh motovasi oleh pimpinan Pasti dan penyampaian hadiah.

Menurut Pengerusi Pasti Kampar, Sdr Manaf Ismail, Hari Anugerah kali ke 10 ini cuba membuktikan kepada massa pencapaian anak-anak didik Pasti Kampar , antaranya berjaya mewakili Perak ke pertandingan membaca peringkat kebangsaan.
Para hadirin terhibur dengan persembahan pelajar Pasti yang mengalunkan nasyid, hafazan Quran , azan dan membaca jawi dengan lancar.
rasmi
Ucapan perasmian oleh Setiausaha Pasti Perak.
Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad Hadri b Abd Majid, Setiausaha Pasti Perak. Turut Hadir ialah Tn Hj Rosli Suhaime, Setiausaha Pasti Pusat yang juga mantan pengerusi Pasti Kampar, Sdr Riduan Rasyid, Ketua DPP Kampar dan Sdr Jamil Abdullah, Setiausaha Pas Kampar.....rajasedaka

Baca selanjutnya......

Pemuda PAS teruskan agenda bersama orang muda

Jumaat, November 13, 2009

 

Email : safarizal saleh

8 November 2009 (KAMPAR) - Usaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak untuk bersama dengan semua kelompok generasi muda diteruskan atas nama program 'Orang Muda Geng Kita' di Kampar telah dijayakan dengan sempurna.

Kali ini di Kampar, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar telah mengadakan Futsal padang yang menarik minat hampir 19 pasukan sekitar Kampar.

Majlis perasmian pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Salman Saleh, Naib Ketua Pemuda PAS Perak. Turut hadir adalah Ustaz Haji Shuaid Hussien, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kampar dan Ridzuan Rashid, Ketua Pemuda PAS Kampar merangkap Exco Pemuda PAS Perak.

'Futsal ini sebagai medan kami untuk bersama peminat-peminat sukan ini bersama Pemuda PAS dan sukan bukan sebagai penghalang untuk kami bersama' tegas Ridzuan di dalam ucapannya.

Salman pula merasakan bahawa pendekatan 'Orang Muda Geng Kita' ini adalah membuktikan semua pihak terutama generasi muda akan terus bersama PAS dan sukan futsal ini sebagai buktinya.

'Pemuda PAS akan terus mencari mekanisma untuk bersama semua kelompok orang muda tanpa mengira latar belakang mereka' tegas Salman.

Pemuda PAS Perak telah merancang pertandingan futsal ini di semua kawasan Parlimen di negeri Perak pada tahun ini. Bagi pertandingan akhir juara-juaranya akan berlangsung pada pertengahan bulan Disember ini.





Baca selanjutnya......

Selasa, November 10, 2009




Helikopter Jatuh, 14 Tentera Mati
(Chinook 47)

Tajuk di atas menceritakan nasib tentera Amerika yang menggempur Afghanistan. Walaupun terdapat lebih 100,000 orang tentera penjajah, namun penentangan yang ditunjukkan oleh Taliban akan menjadi kebanggaan yang akan tetap dikenang oleh sejarah.

26Oktober 2009adalah hari paling malang bagi tentera Amerika. Bilangan askar paling ramai mati dalam sehari tercatat pada terik tersebu semenjak penjajahan Afghaniastan.

Sumber Amerika mengatakan bahawa kekuatan Taliban berjumlah 25,000 orang diseluruh pelusuk Afghanistan. Setiap kali helikopter mereka terhempas, kenyataan yang dibuat ialah berlaku kerosakan atau perlanggaran. Mereka amat takut untuk mengakui bahawa mereka tidak dapat menguasai susana dan gagal menangkis serangan pejuang Taliban.

Presiden Amerika pula sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggantikan Hamid Kharzai dengan keldai tunggangan lain yang dilihat boleh menguasai suasana. Akibatnya keputusan pilihanraya lepas dianggap tidak sah dan disahkan berlaku penipuan.

Mengapa Amerika benar-benar mahu menguasai Afghanistan? Kesian rakyat Amerika yang memang rata-ratanya benci kepada peperangan. Mereka ditipu oleh pemimpin mereka. Mereka diberitahu bahawa Afghanistan melindungi al Qaeda dan sumber pengeluaran dadah dunia.

Pada hakikatnya ada beberapa sebab penting kerajaan Amerika benar-benar ingin menguasai Afghanistan:
1- Laluan minyak.Kedudukan Afghanistan akan menyebabkan Amerika dapat menguasai laluan minyak yang penting.
2-Amerika tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada bonekanya di Saudi kerana bimbang jika perubahan mendadak berlaku dalam kepimpinan Saudi akan melumpuhkan kekuatan Amerika.
3-Menguasai Afghaanistan bererti mengepung Iran dan Pakistan yang kedua-duanya merupakan kuasa nuklear.
4-Peperangan akan menjamin pelaburan berbilion dollar akan terus menjana keuntungan dan ujian terhadap teknoloji baru. Dalam peperangan ini Amerika telah menggunakan kapalterbang tanpa pemandu yang boleh melancarkan peluru berpandu.

MQ-9 Reaper berharga US10.5 juta,
tanpa pemandu, membawa peluru berpandu,
pengesan bunyi, dapat mengambil gambar waktu malam.

Obama telah dimaklumkan bahawa Taliban tidak akan dapat dikalahkan walau seramai manapun tentera asing dihantar ke Afghanistan. Untuk itu Amerika sedang mengkaji cara memecahkan saf Taliban dari dalam. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan menawarkan perkongsian kuasa antara puak Taliban dan puak pro Amerika. Sudah tentu tawaran ini jika diterima oleh sebahagian Taliban akan menimbulkan kemarahan terhadap haluan radilkal dalam kumpulan itu. Kat mana Amerika belajar strategi baru ni? Kat Malaysia kot.

Inilah antara tentera sukarelawan Taliban
yang digeruni oleh tentera bersekutu di Afghanistan......wacana ilmu

Baca selanjutnya......

Awasi ketagihan anak berinternet

Sadatul Mahiran

MINGGU peperiksaan sudah berakhir. Buku-buku teks pinjaman juga telah dipulangkan. Inilah waktunya pelajar-pelajar 'berbulan madu' menunggu saat-saat akhir cuti persekolahan penggal yang akan tiba dua minggu lagi.

Jika di rumah, selain menonton televisyen, aktiviti yang paling popular ialah permainan komputer dan melayari Internet.

Kini dengan pelbagai laman web yang boleh dilayari secara percuma serta menghiburkan, telah melekakan dan menjadi ketagihan golongan remaja.

Penggunaan Internet yang keterlaluan telah menjadi satu masalah yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa bukan sahaja di negara ini malah menjadi masalah sejagat.

Kanak-kanak dilihat sebagai paling terdedah apabila melayari web dan mudah menjadi mangsa gangguan dan pengintipan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh didapati di dalam talian yang memberi tumpuan terhadap isu ini dan perkara lebih penting ialah pendekatan proaktif yang diambil oleh semua pihak untuk mendidik kanak-kanak.

Pakar Psikiatri Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, di Portland, Amerika Syarikat, Dr. Jerald Block, dalam tulisan editorialnya untuk American Journal of Psychiatry berkata, masalah penggunaan Internet kini sudah menjadi serius di seluruh dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dianggap sebagai salah satu penyakit mental.

Menurut Dr. Jerald, beberapa kajian yang telah dibuat di beberapa negara mendapati masalah ketagihan Internet di negara berkenaan sudah mencapai tahap yang sebegitu serius sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk mengatasi dan membendung masalah tersebut.

Di Korea Selatan pula, bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaannya telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.

Malah sebahagian ibu bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan Internet sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan Internet .

Mengapa jadi begitu? Ini kerana sistem komputer mampu dimiliki dan talian Internet mudah disediakan oleh sesiapa di rumah. Keputusan ibu bapa untuk membeli komputer dan menghubungkannya ke Internet biasanya untuk kebaikan anak mereka. Internet memberi pelbagai manfaat yang meluaskan pengetahuan dan sebagai alat komunikasi.

Kebelakangan ini, terdapat banyak kes dilaporkan di seluruh dunia berkaitan pengintipan dan gangguan siber terhadap kanak-kanak. Ini boleh dielakkan jika kanak-kanak sedar tentang selok belok kegiatan sedemikian dan cara pencegahan, termasuk perbualan selamat, pertemuan dengan orang asing dan sebagainya.

Ibu bapa perlu memainkan peranan mengajar anak mereka tentang keselamatan, bahaya dan bersikap bertanggungjawab dalam dunia sibe...........harakah

Baca selanjutnya......

Bukit Aman siasat pemimpin SIS

Khamis, November 05, 2009


Nov 5, 09 11:12am
Dua wakil Sisters in Islam (SIS) memberi kenyataan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman semalam mengenai laporan polis terhadap kenyataan SIS di Kuantan yang mempersoal hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Soekarno.

Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican dan ahli lembaganya Zainah Anwar dipanggil memberi kenyataan mereka bagi siasatan di bawah Seksyen 4(i) (a) Akta Hasutan pada 10.35 pagi.

Mereka, yang diiringi oleh peguam, berada hampir dua jam di Bahagian Pendakwaan Undang-undang CID, kata Pengurus Program (Penyelidikan dan Penerbitan) SIS Masjaliza Hamzah.

"SIS harap selepas merekod kenyataan ini, polis akan memperakukan bahawa tidak ada tindakan lanjut diambil terhadap organisasi itu.

"Kami ingin menegaskan bahawa dalam kerangka sebuah masyarakat demokratik, perlu ada dialog terbuka, bertanggungjawab, rasional dan yang dihormati mengenai Islam dan impaknya ke atas kehidupan kita - peribadi dan awam," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan media, 14 badan NGO di Pahang baru-baru ini menggesa pihak berkuasa menghukum mereka yang mempersoal hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi.

Kartika Sari Dewi, wanita pertama yang dihukum sebat oleh Mahkamah Syariah kerana kesalahan meminum alkohol di sebuah hotel di Kuantan tahun lepas, menyatakan kesediaan menerima hukuman itu.

Kartika juga didenda RM5,000. BERNAMA

Baca selanjutnya......