PENGHULU ISTIGHFAR

Dr Mahathir Kepala Judi Negara

Selasa, Jun 29, 2010


1. Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! ... itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam negara

Baca selanjutnya......

Kempen Tak Nak Judi diteruskan

1. Vincent Tan mengamuk marahkan Pakatan Rakyat kononnya menjadi punca pihak kerajaan terpaksa menarik balik lesen judi sukan yang telah dijanjikan penganugerahannya kepada Berjaya Group .

Baca selanjutnya......

UMNO Membisukan Ulama'

1. Kesempatan saya menziarahi bumi Sana'a dimanafaatkan sepenuhnya untuk bermujaalasah bersama ulama' - ulama' al amilin yang hebat dan terbilang di Yaman . Insyaallah , saya akan ceritakan kemudian beberapa mutiara ilmu dan berkongsi pengalaman berharga dengan sahabat - sahabat sekelian.

Baca selanjutnya......

Judi: Himpunan 3 Julai diteruskan

Isnin, Jun 28, 2010


Hazayani Zakaria   
 KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata.

Baca selanjutnya......

Teks Usrah

Ahad, Jun 27, 2010


Rabu, 2010 Jun 2

PERJUANGAN KITA
MUQADDIMAH

Firman Allah SWT:

من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوالله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا

“Di antara orang-orang  mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan diantara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya” ( Al ahzab 23)

Baca selanjutnya......

18 jutawan cari jodoh di Internet

26 June 2010

BEIJING: Wang tidak boleh membeli cinta. Namun di China, wang membolehkan anda memilih mana-mana daripada 50,000 gadis jelita apabila sebuah agensi mencari jodoh secara dalam talian menganjurkan pertandingan mencari jodoh bagi 18 jutawan yang menjadi ahli kepada agensi itu.

Baca selanjutnya......

Judi Dan Arak Tetap Haram Walaupun Sejuta Ulama Menyertai UMNO

26 June 2010 oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com


Sepertimana yang pernah saya persoalkan sebelum ini, adakah benar mereka ini ulama sepertimana yang digariskan oleh Islam? Atau sekadar dilabelkan sebagai ulama? Atau buat-buat ulama? Terpulang untuk memilih mana satukah jawapannya.

Baca selanjutnya......

Felda hilang RM8 bilion bukannya RM2.7 bilion

Jumaat, Jun 25, 2010

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Datuk Husam Musa mendakwa, rezab tunai Felda telah susut sebanyak RM8 bilion sejak diambil alih Datuk Seri Najib Razak bukannya 2.7 bilion sebagaimana didakwa Datuk Ahmad Maslan.

Ini kerana, susut rezab bukannya jumlah yang ada pada tahun 2004 tolak jumlah yang ada sekarang kerana dalam tempoh tersebut Felda mempunyai pendapatan dan ia hilang bersama dengan kemersosotan yang berlaku.

Husam yang juga Exco pembangunan ekonomi Kelantan itu berhujjah:

Baca selanjutnya......

JI: Pemuda PAS tuntut bukti


Jun 25, 10
4:12pm
Dewan Pemuda PAS mencabar pihak-pihak tertentu supaya bertanggungjawab dan mengemukakan bukti kukuh mengenai dakwaan yang mengaitkan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan aktiviti keganasan.

Ketuanya Nasruddin Hassan (kiri) berkata, sekiranya tidak dapat berbuat sedemikian, mereka hendaklah menarik balik segala tuduhan yang dibuat dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Baca selanjutnya......

Berkahi Kami di Bulan Rajab

Khamis, Jun 24, 2010

Ditulis oleh alhabib Pada June - 14 - 2010  Print This Post
Alhamdulillaah, hari ini kita telah memasuki bulan Rajab 1431 Hijriyah dalam hitungan kalender islam. Bulan Rajab adalah bulan ke tujuh dalam sistem kalender qomariyah islam. Artinya, dua bulan lagi, insyaallah kita akan memasuki bulan yang istimewa, yaitu Ramadhan. Apakah kita sudah mempersiapkan diri menyambutnya? [kartu ucapan menyambut Ramadan juga tersedia di situs utama Alhabib]

Doa Memasuki Bulan Rajab

Rasulullah saw. biasa mempersiapkan diri dalam menyambut bulan puasa jauh-jauh hari sebelumnya. Bahkan ketika beliau melihat awal bulan Rajab, dua bulan sebelum Ramadhan, beliau telah mempersiapkan diri secara ruhani. Beliau menundukkan hati dan menancapkan niat yang suci melalui doanya:
Allaahummaa bariklanaa fii Rajaba wa Sya’ban, wa balighnaa Ramadhaan.
Yaa Allaah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
(HR. Imam Ahmad, dari Anas bin Malik)
Beliau dengan khusyuk memohon kepada Allah agar memberkahi dirinya dan kaum muslimin di dua bulan menjelang Ramadhan. Tanpa keberkahan ini, tentulah hari-hari kita akan berkurang nilainya, apalagi dalam rangka menyongsong bulan yang penuh pahala dan ampunan dari Allah swt.
Demikianlah Rasulullah saw. yang telah menjadikan bulan Rajab sebagai titik tolak, sebagai bulan pencanangan untuk menyambut Ramadhan.

Amalan Khusus di Bulan Rajab

Sebagian kaum muslimin percaya dan melakukan amalan atau ritual ibadah tertentu di bulan Rajab ini. Mereka mempercayai ada keutamaan dan pahala yang sangat istimewa melalui ibadah puasa atau sholat atau lainnya tersebut. Tetapi benarkah demikian? Adakah Rasulullaah memberikan contoh atau pernyataan seperti itu?
Berikut adalah komentar beberapa ulama tentang hal tersebut.
Setelah menelaah hadist di atas tadi, Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyatakan,” Tidak pernah diriwayatkan dari Nabi saw. tentang fadhilah bulan Rajab di hadits-hadits yang lain. Bahkan kebanyakan hadits yang tersebar tentang keutamaan bulan Rajab ini yang disandarkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam adalah dusta…”(Iqtidhaa-ush Shiraatil Mustaqiim).
Sementara itu, al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalani rahimahullah dalam risalahnya, Tabyiinul ‘Ajab bi Maa Warada fii Fadhli Rajab menjelaskan, “Tidak muncul satupun hadits shahih tentang keutamaan bulan Rajab, tidak pula tentang puasanya, tidak tentang puasa tertentu, dan tidak juga tentang mendirikan shalat malam tertentu di bulan ini yang dikuatkan oleh sebuah hadits yang layak untuk dijadikan sebagai hujjah.”
Adapun ‘Umrah di bulan Rajab telah disebutkan oleh Ibnu Rajab bahwa “umrah dibulan Rajab itu adalah hukumnya sunnah menurut pendapat mayoritas generasi Salaf. Diantaranya ‘Umar bin Khaththab radhiallahu anhu dan ‘Aisyah radhiallahu anha. (lihat Laathaa-iful Ma’aarif)

Bulan Rajab adalah Bulan Mulia

Meskipun demikian, bulan Rajab adalah salah satu dari bulan-bulan ‘haram‘ atau mulia di sisi Allah swt. Allah berfirman:
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…” (Al Qur’an surat At Taubah: 36)
Di dalam ash Shahihahin terdapat hadist dari Abu Bakrah rahimahullah dari Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam banwa beliau bersabda:
“Sesungguhnya zaman telah berputar seperti keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi, dalam setahun itu terdapat dua belas bulan. Empat diantaranya adalah bulan haram (disucikan). Tiga dari empat bulan itu, (jatuh secara) berurutan yaitu Dzulqa’dah, Dzulhijah, Muharram. Sedangkan Rajab (yang disebut juga sebagai) syahru Mudhar, terletak diantara Jumada (ats Tsaniyah) dan Sya’ban.” (HR. Bukhari)
Ibnu Jarir ath Thabari rahimahullah meriwayatkan melalui sanadnya, dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu sehubungan dengan pengagungan Allah terhadap kesucian bulan-bulan ini, beliau berkata,
“Allah Ta’ala telah menjadikan bulan-bulan ini sebagai (bulan-bulan yang) suci, mengagungkan kehormatannya dan menjadikan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan ini menjadi lebih besar dan menjadikan amal shalih serta pahala pada bulan ini juga lebih besar.”
(Tafsir ath Thabari)
Semoga bermanfaa

Baca selanjutnya......

Makan Petang Bersama AF Ustaz Azman Syafawi

Rabu, Jun 23, 2010

Dewan Pemuda Pas Kampar bersyukur  kerana dapat bersama-sama serta beramah mesra dan minum petang bersama dengan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat AF Ustaz Azman Syafawi di Pekan Kampar.AF Ustaz mengadakan satu lawatan ke Telok Intan bagi menziarah keluarga salah seorang Ahli Dewan Perhimpunan Penyokong Pas Perak yang mati ditembak.Turut hadir dalam Majlis minum petang Ketua DPP kampar Sdr.Ridhuan Rashid,S.U Pasti Pusat cikgu Rosli, Bendahari DPP Kampar Sdr Azman.Majlis tersebut hanya diadakan di Kedai Makan yang agak sederhana sahaja.

Baca selanjutnya......

Isteri minta Wisma Putra bantu suami

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina@bharian.com.my2010/06/23

 HIDAYAH menunjukkan gambar suaminya, Muhamad Zulkifli yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.
HIDAYAH menunjukkan gambar suaminya, Muhamad Zulkifli yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.
Wanita tidak tahu sebab Muhamad Zulkifli ditahan

KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir sejak 10 hari lalu, merayu bantuan Wisma Putra bagi mengetahui punca penahanan serta status sebenar keadaan suaminya yang ditahan di penjara negara Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Hidayah, 33, berkata hanya mengetahui suaminya, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41, ditahan di penjara Mesir melalui seorang rakan di negara berkenaan selepas tiga hari beliau dan dua anak pulang ke Malaysia “Sehingga hari ini (semalam), genap 10 hari suami saya ditahan dan tiada sebarang berita dimaklumkan oleh mana-mana pihak berhubung status penahanannya.

“Sehubungan itu, saya merayu bantuan Wisma Putra bagi membantu membebaskan suami saya secepat mungkin kerana sehingga kini saya sendiri tidak tahu kenapa dan atas sebab apa dia ditahan pihak berkuasa Mesir,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Muhamad Zulkifli yang baru menamatkan peperiksaan peringkat Sarjana ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir pada 13 Jun lalu, ketika melalui pemeriksaan Imigresen untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Difahamkan, penahanan dibuat berikutan Muhamad Zulkifli pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Malaysia kerana disyaki terbabit dengan Kumpulan Militan Malaysia (KKM) pada 2001.
Katanya, rakan suaminya yang cuba mendapatkan penjelasan dengan pihak berkuasa Mesir berhubung penahanan itu juga gagal, sebaliknya hanya mengesahkan berada dalam penjara, namun sebab ia ditahan tidak boleh didedahkan.

“Ketika hari kedua ditahan, suami sempat menghubungi rakannya di Mesir memaklumkan sudah dua hari tidak menjamah sebarang makanan.

“Kelmarin, saya sendiri sudah bertemu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk mendapatkan perkembangan terkini suami dan menteri memaklumkan akan mendapatkan penjelasan dan meminta pembebasan dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Hidayah berkata, tujuan mereka sekeluarga ke negara terbabit sejak sebulan lalu hanya bertujuan menemani suami bagi menduduki peperiksaan akhir tanpa sebarang tujuan tertentu.

“Ketika berada di Lapangan Terbang sebelum berlepas pulang, saya tidak nampak sebarang tanda suami akan ditahan sebelum melalui pemeriksaan Jabatan Imigresen,” katanya.

mengatakan dan salah seorang anggota mengatakan suami perlu ditahan untuk sementara waktu bagi untuk siasatan.

“Saya yang pulang dulu atas arahan suami terpaksa akur dan ketika berangkat pulang ke Malaysia, saya hanya dijanjikan oleh anggota terbabit bahawa suami akan menyusul pulang menggunakan penerbangan lain,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Kedutaan Malaysia di Mesir ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah menemui Muhamad Zulkifli beberapa hari lalu dengan bantuan pihak berkuasa negara itu, namun tidak dijelaskan motif sebenar penahanan itu dilakukan.

Katanya, pihaknya juga tidak tahu berapa lama Muhammad Zulkifli akan ditahan, namun siasatan terhadapnya masih dijalankan dan mangsa kini di tempatkan di satu lokasi rahsia....b.harian
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Baca selanjutnya......

Pemikiran MP Umno Anggap Judi Halal Tidak Bertamadun

Selasa, Jun 22, 2010

Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyanggah kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mempertahankan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan bola sepak atas alasan memenuhi keinginan masyarakat Cina untuk berjudi.
"Kerajaan Umno-Barisan Nasional menggunakan idea falsafah Machiavelli di mana maltamat menghalalkan cara berhubung isu lesen judi ini .
"Beliau sebenarnya telah menghina agama dan kaum lain di dalam dunia ini, beliau seharusnya sedar bahawa ungkapan dan ucapan beliau menunjukkan bagaimana sekularnya mereka .
"Kita tidak boleh menerima cara tersebut dan kita hendaklah menggunakan pendekatan Islam dan juga dalam bab judi ini, semua agama mengharamkan judi kerana merosakkan masyarakat.
"Pemikiran ahli parlimen Kota Belud ini adalah pandangan yang amat tidak bertamadun dan menyimpangkan daripada bukan sekadar Islam malahan agama-agama yang lain juga," tegas Salahuddin di parlimen semalam.
Tambahnya,  tidak ada kenyataan rasmi daripada pemimpin agama atau pemimpin kaum yang lain yang mengatakan itu ajaran mereka.
Dalam pada itu, Salahuddin juga mencabar kerajaan Umno-BN mengeluarkan kenyataan terbuka yang mengatakan bahawa itu adalah kehendak orang Cina.
Sebelum itu, Abdul Rahman dalam ucapan perbahasan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 minggu lalu berkata tidak salahnya kerajaan meluluskan lesen judi sukan kerana sebelum ini judi lain sudah pun dibenarkan seperti Sports Toto dan Magnum.
Menurut beliau atas dasar ini kerajaan menghalalkan  perjudian sukan bola sepak kepada Ascot Sports Sdn Bhd...suara keadilan

Baca selanjutnya......

Jangan kaitkan Islam dengan keganasan – Abdul Hadi

Isnin, Jun 21, 2010

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan pemimpin Umno BN supaya tidak sewenang-wenangnya mengaitkan Islam dengan keganasan.
Beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, melabelkan Islam sebagai ganas berdasarkan tindakan beberapa individu, adalah sikap yang tidak bertanggungjawab dan menghina agama sendri.
"Jika ada beberapa individu buat silap dilabelkan dengan Islam, itu satu tindakan tidak bertanggungjawab terhadap agama sendiri," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu ancaman keselamatan yang didakwa dilakukan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang didedahkan baru-baru ini.
Tegasnya, pemimpin negara sewajarnya menjaga nama baik Islam apatah lagi Malaysia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Sehubungan itu, katanya, mereka perlu cermat dalam memberi kenyataan dan tindakan agar Islam tidak disalah faham oleh orang bukan Islam sebagai penaja keganasan.
"Menganggap Islam dikaitkan dengan pengganas adalah termasuk agenda musuh, dan fenomena keganasan tidak boleh dikaitkan dengan Islam.

Baca selanjutnya......

Serang kuil: Kemuka bukti atau dakwa penyebar berita

Jumaat, Jun 18, 2010


Jun 18, 10 7:52pm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan digesa mendedahkan nama pengganas dan pertubuhan mereka jika terdapat bukti, mereka cuba menyerang tempat ibadat bukan Islam di negara ini.

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, SM Mohamed Idris dalam kenyataannya berkata jika tidak ada bukti terhadap jenayah itu, mereka yang menyebarkan berita palsu berkenaan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Islam perlu diseret ke mahkamah.

“Kami menggesa Ketua Polis Negara supaya mendakwa mereka (pengganas) di mahkamah jika terdapat bukti yang menyokong dakwaan bahawa mereka merancang untuk memusnahkan kuil itu.

“Jika tidak terdapat bukti terhadap jenayah yang didakwa itu, maka mereka yang bertanggungjawab mereka-rekakan dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam itu hendaklah dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam laporan media arus perdana hari ini dilaporkan kononnya pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang.

“Berita itu dipetik daripada 'sumber perisikan' yang tidak mendedahkan nama mereka dan ini merupakan taktik yang sering digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Mossad Israel untuk menyebarkan propaganda hitam dalam media bagi memburuk-burukkan lagi imej Islam dan para penganutnya,” kata Mohamed.

'Pengganas' itu didakwa kononnya mempunyai hubungan dengan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam.

Mohamed berkata menurut sumber itu, lebih menarik lagi sasarannya adalah kuil Hindu yang menjadi tempat suci bagi orang India dan kuil Buddha bagi orang Cina.

"Ia merupakan cara yang paling baik untuk menyalahkan Islam dan umat Islam sebagai pembekal keganasan di mata pengikut kedua-dua agama ini."

Berita yang amat membimbangkan ini, katanya, melainkan disokong oleh bukti yang konkrit, akan menimbulkan ketegangan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau juga memberi contoh - Detachment 88 - yang diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia dengan menyediakan peruntukan dan latihan untuk pegawainya.

Atas alasan untuk memerangi keganasan, Mohamed berkata ia hanya merupakan alat kerajaan asing untuk mendakwa orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan maruah ummah dan kedaulatan negara Indonesia....malaysiakini

Baca selanjutnya......

Sinar Islam Untuk Semua

Firman Allah SWT (Surah al-Mumtahanah 60:8):

yang bermaksud : Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu Karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Penganjuran ”Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia” pada saya adalah memenuhi dan sangat tepat pada masanya. Ini kerana kita seringkali dihidangkan dengan isu-isu panas yang melibatkan pertikaian antara kaum dan agama yang ditimbulkan oleh piha-kpihak tertentu semata-mata untuk menjaga kepentingan politik.
Perjuangan untuk Allah
Akhir-akhir ini, pertembungan ini dilihat semakin dahsyat ditambah pula oleh peranan media massa yang turut menyimbah minyak ke atas api pertikaian yang marak. Jika dahulu, parti-parti seperti PAS dilabel sebagai parti perkauman, rasis, radikal dan sebagainya, maka hari ini seolaholah label itu telah bertukar arah dan dipakai pula oleh golongan yang dulunya mendakwa liberal. Perlulah disedari, PAS sendiri tidak pernah bersikap perkauman sejak dari dahulu hinggalah ke hari ini. Label-label yang negatif yang dipakaikan oleh pihak media massa
langsung tidak benar dan hari ini ia terbukti merupakan tuduhan yang tidak berasas semata-mata. Perjuangan PAS sendiri bukanlah mengajak kepada menegakkan idealisme perkauman yang sempit tetapi mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT selaku pencipta alam semesta.
Dunia yang indah ini tidak mungkin wujud dengan sendirinya tanpa Pencipta. Akal logik tentu sekali tidak dapat menafikan wujudnya kuasa yang mengatur perjalanan alam yang begitu tersusun ini. Peredaran bulan dan bintang, pergantian malam dan siang yang begitu teratur
mustahil wujud kecuali adanya kuasa yang mencipta dan mengurus tadbirnya. Kita tentu sekali boleh menerima bagaimana tubuh badan manusia yang terdiri daripada pelbagai anggota dan beribu-ribu sendi hanya dikawal oleh akal sebagai papan kawalan utama.
Demikianlah juga sebuah kilang yang terdiri daripada pelbagai jentera dan mesin namun kesemuanya hanya digerakkan dengan hanya menekan suis utama. Maka begitu jugalah alam semesta yang begitu hebat ini tentulah ditadbir oleh satu kuasa saja. Kuasa ini esa, tidak ada dua dan tiganya.
Asal manusia dari Nabi Adam
Dalam ajaran Islam, Kuasa Yang Maha Mencipta ini disebut Allah SWT. Dialah Tuhan yang menciptakan alam ini untuk kehidupan manusia. Dialah juga yang menciptakan manusia bermula dari seorang lelaki yang dinamakan Adam dan dijadikan pula dari Adam itu isterinya Hawa. Ini disebut di dalam firmanNya (surah an-Nisa’ 4:1):

yang bermaksud : Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.
Merujuk kepada firman Allah SWT ini, agama Islam mengajar penganutnya agar meyakini bahawa semua manusia ini berasal dari bapa yang sama iaitu Adam. Walau apapun warna kulit, manusia sebenarnya bersaudara atau adik-beradik kerana datang dari sulbi yang sama atau satu keturunan. Sebutlah apa nama bangsa sekalipun, ia tetap merupakan anak cucu kepada Nabi Adam. Justeru, langsung tidak timbul soal bangsa dan warna kulit di dalam Islam. Bangsa, bahasa dan warna kulit tidak lain hanyalah merupakan unsur atau ciri untuk membezakan manusia. Oleh yang demikian, ia tidak patut dijadikan punca manusia bersengketa antara satu sama lain. Sekalipun secara fitrahnya manusia tentulah menyintai bangsanya sendiri lebih daripada bangsa yang lain, namun cinta dan kasih itu tidaklah menghalalkan dirinya untuk melakukan kezaliman dan ketidakadilan kepada bangsa yang lain.

Realiti perjuangan Islam
Menghayati maksud firman Allah SWT ini, maka inilah perjuangan Islam di bawa PAS yang ingin membawa masyarakat mengenali Tuhan Yang Maha Mencipta alam ini iaitu Allah SWT. Inilah hasrat para ulama Tanah Melayu satu ketika dahulu yang mengambil inisiatif menubuhkan Parti Islam Se-Tanah Melayu dan hari ini dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia atau singkatnya PAS. Dari awal penubuhannya hinggalah ke hari ini, matlamatnya tidak pernah lari walau seinci, tidak pernah berganjak walau sejengkal. Misi utamanya ialah memperkenalkan Allah SWT sebagai pencipta dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT bukan hanya di tikar sejadah tetapi di medan siasah. Allah itu yang disembah di dalam sembahyang, Allah itu jugalah yang disembah di dalam pentadbiran. Inilah hakikat yang tidak dibawa oleh UMNO yang menyebabkan para alim ulama yang asalnya berada di dalam UMNO bertindak keluar menubuhkan PAS.

Sejak 50 tahun yang lampau, kita tidak pernah lekang menyebut hakikat ini di hadapan rakyat jelata. Jatuh bangun kita sepanjang melalui jalan politik ini tidak pernah menjauhkan kita walau sedikit dari matlamat utama memperkenalkan Islam yang tulen kepada masyarakat. Kita mengajak semua lapisan rakyat untuk meyakini bahawa dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dengan manusia hanya bertaraf penumpang walau sebesar manapun pangkat dan kuasanya. Kita juga menyeru rakyat agar meyakini bahawa selepas hidup ini akan tiba kehidupan yang lain iaitu alam akhirat. Di alam akhiratlah segala amalan manusia akan dibalas tanpa ditinggalkan sedikitpun oleh Hakim Yang Maha Adil iaitu Allah SWT.

PAS akan terus menongkat cita-cita murni ini walau sehebat manapun gelora yang membadai. Kita penuh yakin bahawa UMNO tidak akan jujur di dalam memperkenalkan Islam kepada rakyat Malaysia khususnya. Bagi kita, ke hulu atau ke hilir kita berakit, tetap Islam menjadi tali
pengikatnya. Jika kita boleh menerima bahawa di rumah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak, di sekolah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar, di dalam negara ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, maka sudah tentu di bumi ada peraturan yang perlu dipatuhi. Peraturan tersebut ialah Islam dan bukan semangat nasionalis yang membawa kepada ideologi perkauman yang sempit. Kesemua enakmen-enakmen peraturan hidup di dunia ini telah termaktub di dalam al-Quran selaku lidah rasmi Allah SWT atau disebut sebagai kalamullah.

Peraturan Islam jamin keamanan semua manusia
Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia. Ia akan mengamankan semua manusia. Lihatlah perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam, kesemuanya merupakan perkara-perkara yang memudaratkan. Menghindarinya bermakna
mengamankan hidup kita. Ini kerana mencuri, merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat yang kesemuanya diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh kesemua manusia tidak mengira bangsa dan agama. Demikian juga perkara-perkara yang diwajibkan atau
digalakkan oleh Islam seperti mentaati pemimpin, mematuhi ajaran nabi, bercakap benar, menepati janji, tidak menipu, menghormati orang tua, menghormati semua agama, menghubungkan persaudaraan adalah kesemuanya merupakan nilai-nilai yang baik dan diterima
secara universal. Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk kita menolak ajaran Islam. Jika semua kita menerima pakai ajaran Islam dan boleh menepikan seruan kedaulatan bangsa tertentu sehingga mengguris bangsa lain, saya yakin ia akan mengurangkan ketajaman
perselisihan antara kaum yang sedang diasah oleh pihak-pihak tertentu dalam negara kita. Inilah dasar Islam yang cukup adil dan mulia. Maka sesuai dengan maksud al-Quran yang telah dirujuk pada awal di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana perintah Allah SWT sendiri supaya melakukan kebaikan kepada orang-orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam. Atas perintah Allah inilah bagi pihak kerajaan yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab memberi keadilan dan layanan yang baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial mereka.

Menerima pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi
Atas kemuliaan ajaran Islam, maka usaha untuk memperkenalkan Islam yang sebenar turut dilakukan oleh tokoh intelek Islam terkenal, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi melalui bukunya “Golongan Nonmuslim di dalam Masyarakat Islam” (غير المسلمين في المجتمع السلمي)
Buku ini adalah antara hidangan istimewa yang sesuai untuk kita hadam dan diskusikan oleh semua pihak ke arah memahami Islam dan menolak prejudis terhadap Islam. Secara peribadi, saya telah mengikuti pandangan beliau semenjak saya pulang ke tanah air sekitar tahun 1960-an. Saya mula menggunakan kitab beliau iaitu ”Islam dan Sekular : Satu Pertentangan” di dalam majlis pengajian yang saya kendalikan. Satu demi satu kitab beliau saya habiskan hinggalah ke hari ini, saya menggunakan kitab karangan beliau iaitu Fiqh Daulah di
dalam majlis pengajian saya.

Sepanjang pengkajian saya terhadap pendekatan yang digunakan oleh beliau, nyata sekali beliau merupakan seorang tokoh intelek yang mengamalkan pendekatan sederhana. Beliau tidak ekstrim dalam mengemukakan pandangannya, dan tidak pula menolak mentah-mentah pandangan orang lain. Sesuai dengan pengalaman yang pernah terlibat dengan usaha dakwah Islamiah menerusi pertubuhan Ikhwanul Muslimin, maka pandangannya dilihat rasional dan berssandarkan pengalaman praktikal serta sesuai untuk direalisasikan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia ini.

Justeru, ketokohannya diiktiraf oleh dunia dengan pelbagai anugerah yang diperolehi termasuklah dua anugerah dari Malaysia iaitu  anugerah Ijazah Kehormat dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1996 dan terbaru sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat
kebangsaan pada tahun 2009. Semoga pandangan-pandangan sederhana beliau seperti yang ditulis di dalam banyak bukunya dapat diterima pakai sebagai asas membina hubungan yang harmoni di antara Muslim dengan Nonmuslim di Malaysia.

Sinar Islam memenuhi harapan
Harapan masyarakat Malaysia adalah untuk mewujud sebuah kehidupan aman, damai, sejahtera dan harmoni berteraskan agama. Besarlah harapan agar kita semua dapat menjernihkan pandangan kita terhadap Islam yang sekian lama disolekkan dengan wajah yang comot oleh pihak-pihak yang tertentu. Segala prejudis dan salah faham yang sering mengabui mata hendaklah dicuci sama sekali, agar kita semua dapat melihat warna Islam yang sebenar. Sesungguhnya sinar Islam adalah cahaya yang boleh memenuhi harapan kita semua. Sejarah sendiri menyaksikan bagaimana orang Cina dan India lebih dahulu menerima Islam berbanding orang Melayu. Ia berlaku kerana sinar Islam itu dipancarkan dengan baik kepada mereka. Ia cukup membuktikan bahawa Islam tidak asing di kalangan kedua-dua bangsa ini. Justeru, kepada sahabat sebangsa saya yang masih enggan menerima Islam, ingatlah, sesungguhnya Allah SWT hanya akan memuliakan sesuatu bangsa itu dengan Islam. Tanpa Islam, Allah SWT pastinya akan menggantikan kaum yang lain untuk menerajui pentadbiran di bumiNya sebagaimana firmanNya (surah Muhammad :38):

yang bermaksud : dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.
Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT, maka bersetujulah kita dengan kemuliaan dan  kebesaran-Nya yang merahmati umat manusia ini dengan sinar I

Baca selanjutnya......

Terengganu Runtuh Iman adalah pilihan rakyatnya

Berkata dia (Zulaika isteri raja Mesir) “Itulah orangnya (Nabi Yusuf) yang menyebabkan kamu mencela aku kerana (aku tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggodanya untuk menundukkan dirinya (untuk berzina) tetapi dia menolak. Jika dia tidak melakukannya apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan, dan dia akan menjadi orang yang hina. Berkata (Nabi Yusof) “Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh.” Surah Yusof 31-32

Nabi Yusuf yang memiliki wajah tampan yang diceritakan al-Quran tentang keelokan rupanya “Ketika perempuan-perempuan melihatnya, mereka terpesona kepadanya dan mereka (tidak sedar) melukai tangannya sendiri.” dengan keimanan Nabi Yusuf lebih rela menerima hukuman dunia dari menghadapi seksa akhirat.

Dimanakah keimanan umat Islam kini? Kesalahan perbuatan zina berlaku di kalangan umat Melayu Islam di Malaysia ini adalah tanggungjawap kita semua. Tentunya ada yang tidak kena apabila ianya berlaku di Terengganu dikenali Darul Iman dan tempat penemuan batu bersurat tentang tempat bertapaknya pemerintahan Islam. Terengganu terkenal dengan seni budayanya dan kehidupan damai mengambarkan rakyatnya hidup penuh adab dengan sopannya.

Namun jika benar perkara ini berlaku tentunya ada yang tidak kena dengan suasana dan persekitaran di Terengganu. Beginilah apabila kemajuan materialistik menjadi keutamaan. Terengganu dilimpahi dengan projek-projek mega dari hasil royalti minyak yang pemimpin BN canang dan banggakan. Pemimpin BN telah pesongkan pemikiran rakyat agar pingirkan PAS yang dianggap kolot dan menolak kemajuan. Sebenarnya kepimpinan ulama yang dibawa PAS itulah yang terbaik untuk rakyat Terengganu yang lebih mengutamakan pembinaan insan tanpa menolak duniawi.

Sesungguhnya "Sesungguhnya banyak yang terselamat menghadapi ujian kemiskinan tetapi berapa ramai yang tewas dengan ujian kesenangan"

KUALA TERENGGANU 3 Jun 2010 (Berita Harian) Enam belas pelajar perempuan dari sekolah menengah di bandaraya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu. Difahamkan pelajar terbabit terjebat dengan gejala sosial berada di tingkatan tiga hingga enam, dikesan melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tahun lalu dan kes terbaru , seorang pelajar tingkatan tiga melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ), Ahad lalu.

SHAH ALAM 28 Mei 2010 (Utusan Malaysia) Lima hari selepas penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini, polis hari ini mendapat perintah untuk menahan reman seorang pelajar perempuan dan kakaknya bagi membantu siasatan kes itu.
Pelajar berusia 17 tahun dan kakaknya yang berumur 24 tahun itu ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan.
Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Pelajar perempuan terbabit yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan ditahan di sekolahnya di Klang pagi semalam, manakala kakaknya turut ditahan pada hari yang sama.
Dalam kejadian Isnin lalu, mayat bayi malang itu ditemui seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melaporkan kewujudan sebuah kubur kecil yang baru di kawasan tersebut kira-kira pukul 10 malam.

Baca selanjutnya......

Di antara pengganas dan buang bayi,mana yang lebih mengancam?

http://iskandar56100.blogspot.com/   
Betul ke ada JI di institut pengajian tinggi? Heboh satu dunia baru-baru ni kononnya unsur-unsur pengganas telah masuk ke dalam negara kita. Menteri-menteri heboh, Ketua Polis Negara pun heboh.

Tapi bila ada pelajar institut pengajian tinggi dipenjara 12 bulan kerana membuang bayi takde pulak yang heboh. Takde pula yang nak tubuh jawatankuasa khas nak kaji berapa ramai lagi yang dah buang bayi. Pelajar-pelajar yang murtad pula bagaimana? Takde pula yang heboh-heboh.

Mungkin kalau heboh pun tak guna. Tak dapat pujian Obama. Tak dapat pujian Australia. Lainlah kalau tangkap pengganas, dapat minum teh di White House, di sanjung di Canberra.

Ingat tak satu masa dulu, kita serahkan seorang pelajar UIA kepada Amerika kononnya dia adalah seorang pengganas? Al-Quran ajar kita jangan percaya orang fasiq tapi musuh Islam kita percaya bulat-bulat.

Bukan itu saja, kita pun pernah dengar cerita kita benarkan ejen-ejen Thai menangkap pejuang Islam Patani di dalam negara kita dan bawa balik ke Thailand. Tapi sekarang berlagak anti Israel, nak tolong Palestin.

Itulah Malaysia. Pasal tangkap pengganas, kononnya kita nombor satu hebat. Tapi masalah Along pun tak boleh selesai. Walhal nombor Along ditampal merata-rata.

Budak sekolah pun tahu yang mana satu Along. Tapi setiap hari ada saja kes Along pukul orang, ugut orang, simbah cat rumah orang dan macam-macam lagi yang mengerikan.

Kita perlu betulkan fokus kita. Tak payahlah jadi hero antarabangsa. Tangkaplah samseng-samseng Kg. Dusun dulu.


YB Iskandar Abdul Samad,
Adun Chempaka.

Baca selanjutnya......