PENGHULU ISTIGHFAR

Jumaat, Jun 18, 2010

Di antara pengganas dan buang bayi,mana yang lebih mengancam?

http://iskandar56100.blogspot.com/   
Betul ke ada JI di institut pengajian tinggi? Heboh satu dunia baru-baru ni kononnya unsur-unsur pengganas telah masuk ke dalam negara kita. Menteri-menteri heboh, Ketua Polis Negara pun heboh.

Tapi bila ada pelajar institut pengajian tinggi dipenjara 12 bulan kerana membuang bayi takde pulak yang heboh. Takde pula yang nak tubuh jawatankuasa khas nak kaji berapa ramai lagi yang dah buang bayi. Pelajar-pelajar yang murtad pula bagaimana? Takde pula yang heboh-heboh.

Mungkin kalau heboh pun tak guna. Tak dapat pujian Obama. Tak dapat pujian Australia. Lainlah kalau tangkap pengganas, dapat minum teh di White House, di sanjung di Canberra.

Ingat tak satu masa dulu, kita serahkan seorang pelajar UIA kepada Amerika kononnya dia adalah seorang pengganas? Al-Quran ajar kita jangan percaya orang fasiq tapi musuh Islam kita percaya bulat-bulat.

Bukan itu saja, kita pun pernah dengar cerita kita benarkan ejen-ejen Thai menangkap pejuang Islam Patani di dalam negara kita dan bawa balik ke Thailand. Tapi sekarang berlagak anti Israel, nak tolong Palestin.

Itulah Malaysia. Pasal tangkap pengganas, kononnya kita nombor satu hebat. Tapi masalah Along pun tak boleh selesai. Walhal nombor Along ditampal merata-rata.

Budak sekolah pun tahu yang mana satu Along. Tapi setiap hari ada saja kes Along pukul orang, ugut orang, simbah cat rumah orang dan macam-macam lagi yang mengerikan.

Kita perlu betulkan fokus kita. Tak payahlah jadi hero antarabangsa. Tangkaplah samseng-samseng Kg. Dusun dulu.


YB Iskandar Abdul Samad,
Adun Chempaka.

0 comments:

/baca /bye /ding /hore /joget
/kembik /love /marah /melet /mencak
/nangis /ngayal /puyeng /serem /stres

Catat Ulasan