Memilih pakaian terpakai
YB Chan Min Kai menyampaikan sumbangan
- Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut hari Raya yang akan menjelang seminggu lagi , PAS Kampar mengadakan program meraikan golongan miskin dan anak-anak yatim di sekitar Kampar . Program sumbangan Hari Raya itu telah di adakan di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kampar di Tualang Sekah pada 13 September 2009 mulai pukul 3.00 petang. Lebih dari 110 kampit beras dan RM6000.00 wang tunai di agih-agihkan kepadamerekaProgram itu disempurnakan oleh Pn Fatehah Datuk Seri Nizar yang mewakili ibunya, Datin Seri Fatimah Taat yang tidak dapat hadir. Turut hadir ialah AJK PAS Kawasan yang diketuai oleh Ust Shuib Hussien, Timbalan YDP PAS Kampar, YB Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai yang juga penyelaras PKR untuk DUN Tualang Sekah dan YB Kashvinder Singh, ADUN Malim Nawar.
Selain bantuan berupa beras dan wang tunai, mereka yang hadir juga boleh mendapatkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh ahli PAS Kampar.
Program yang dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Anuar Murad, AJK Pas Kampar telah menarik minat hadirin dengan untuk terus menghayati tuntutan Ramadhan.
Meskipun ringkas tetapi tazkirah itu padat dengan nasihat buat bekalan mengharungi akhir Ramadhan ini. Mudah-mudahan semua mendapat pengampunan ALLah serta pembebasan daripada siksaan api neraka, amin.
0 comments:
Catat Ulasan