PENGHULU ISTIGHFAR

PUM MOHON KERAJAAN KAJI SEMULA PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) YANG MENONJOLKAN HIBURAN MALAM DAN INDUSTRI SPA

Selasa, November 16, 2010

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA

27hb Oktober 2010


PUM meminta pihak kerajaan mengkaji semula cadangan mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini kerana hiburan bukan faktor utama untuk memperkenalkan negara ini kepada pelancong. Malaysia tidak sesuai dijadikan pusat hiburan rantau ini memandangkan Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan mempunyai budaya yang unik.http://ulamadaily.blogspot.com

Sebagai sebuah negara Islam, kerajaan seharusnya membangunkan industri pelancongan yang memberi peluang kepada pelancong untuk mengenali warisan Islam negara dan melihat masyarakat Islam negara ini yang hidup aman damai dengan kewujudan pelbagai agama lain.

Tambahan, PUM amat bimbang perlaksanaan program ini akan meningkatkan masalah sosial dan meletakkan masyarakat dalam situasi yang membimbangkan. Apatah lagi sekarang ini pun kita sedang berdepan dengan masalah sosial terutama dari segi pembuangan bayi yang sekarang sedang ditangani, penagihan dadah, seks bebas dan sebagainya. PUM prihatin terhadap pembangunan modal insan yang menyeluruh dan merasakan bahawa perkara ini perlu lebih ditekankan untuk generasi akan datang.

Kita banyak kaedah untuk memacu ekonomi negara antaranya menjadikan negara sebagai hub pendidikan sains dan hub pendidikan Islam. Dan lebih utama dikembangkan hub halal dengan memperkenalkan pelancongan halal sebagai keunikan Malaysia tersendiri.

PUM mengingatkan agar kita tidak lari dari landasan agama. Kita harus sedar bahawa tindakan kita akan memberi kesan kepada masyarakat akan datang. Kita juga harus menginsafi dan mengambil pengajaran dari firman Allah dalam Surah al-Rum ayat 41: "Telah muncul fasad dan kemungkaran di atas bumi ini disebabkan oleh tangan-tangan manusia."           
Justeru, para pemimpin yang mentadbir negara perlu mengambil inisiatif yang tidak bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat serta tidak memperbanyak platfom hiburan yang menjadikan manusia lalai dan alpa tanggungjawab sebenar mereka.

Oleh yang demikian, PUM bersedia untuk memberi pandangan-pandangan dalam usaha untuk membangunkan negara ini ke arah yang lebih cemerlang di atas semangat baru 1 Malaysia yang ingin diusahakan.

 Yang benar,



DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung

0 comments:

/baca /bye /ding /hore /joget
/kembik /love /marah /melet /mencak
/nangis /ngayal /puyeng /serem /stres

Catat Ulasan