PENGHULU ISTIGHFAR

Gambar kenang-kenangan penjenayah Zionis dengan tahanan Palestin

Selasa, Oktober 26, 2010


Selasa ,26/10/2010 – Sumber Hebrew bertarikh Ahad (24 Oktober) mendedahkan set baru gambar-gambar tentera Zionis di Gaza bersama tahanan Palestin yang kemudiannnya disebarkan secara umum melalui laman internet “Facebook” sebagai “gambar kenang-kenangan”.
Sumber kedua, laman 48 Arab menyebut bahawa laman Hebrew, “walala”, menyiarkan gambar tahanan Palestin diikat dalam keadaan yang menghinakan yang dikelilingi tentera Zionis, dan menambah bahawa gambar tersebut ditangkap di dalam rumah warga Palestin di Gaza.
Gambar-gambar yang lain pula menunjukkan 2 orang tentera mengacukan senjata mereka ke kepala seorang Palestin, sementara gambar berikutnya menunjukkan salah seorang dari tentera tersebut menconteng di dinding rumah rakyat Palestin itu dengan perkataan “kami akan kembali” dan dibawahnya dilukis Star of David. Gambar yang ketiga pula menunjukkan seorang askar menghalakan senapangnya ke arah seorang wanita Palestin yang sedang berada di dalam dapur....palestinkini

0 comments:

/baca /bye /ding /hore /joget
/kembik /love /marah /melet /mencak
/nangis /ngayal /puyeng /serem /stres

Catat Ulasan